“Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah jua”
“Sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua” yang
membawa maksud
:
Seseorang
yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya atau erti lain,
Kadang-kadang, setinggi-tinggi digantikan dengan sepandai-pandai. Walaupun
kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang lain, ia membawa erti kelakuan
yang sama. Walaubagaimanapun, peribahasa ini sering berkait rapat dengan penjenayah, iaitu
dengan suatu cara yang betapa pandainya mereka menghindari dari ditangkap, namun
mereka tidak akan selamanya dapat
melakukan demikian.
Di sini kita berkongsi cerita mengenai rakan kita Mina( bukan nama sebenar).
Mina dan rakannya Diha (bukan nama sebenar), meraka adalah sahabat yang senang bergaul dengan sesiapapun di sekeliling mereka. Mereka ini diibaratkan seperti adik beradik kembar. Ketika susah dan senang mereka sentiasa berkongsi cerita, sehingga pada satu tahap semua cerita perkembangan masalah masing-masing akan dikongsi sehingga timbul perasaan puas hati diantara mereka. Diha seorang sahabat yang mudah mempercayai orang di sekelilingnya dan sesiapa sahaja yang dia kenali pasti menganggap orang itu adalah sahabatnya. Berlainan dengan Mina pula, dimana dia seorang yang suka iri hati dengan kelebihan orang lain, tetapi pada masa yang sama dia juga seorang yang mudah tersinggung.
Satu peristiwa
telah berlaku kepada dua sahabat tersebut. Diha telah menemui pasangan hidupnya
Ali (bukan nama sebenar) dan dia menceritakan setiap kelebihan yang ada dalam
diri Ali kepada Mina tanpa ada satu celahan kesilapan pun yang terkeluar dari
perkataan Diha. Tanpa Diha sedari, Mina mempunyai perasaan yang tidak puas hati
terhadapnya, dan cuba merancang untuk menguji Ali. Pada mulanya perasaan ingin
tahu telah berubah kepada perasaan yang
luar biasa, Mina mula terpikat dengan cerita-cerita yang diceritakan oleh
sahabatnya itu. Mina mula mengambil
kesempatan keatas diri sahabatnya yang
tidak tahu apa-apa mengenai keinginannya kepada Ali . Mina sentiasa mencari
jalan dan peluang untuk mendapatkan Ali.
Ketika Mina mengunjungi rumah Diha dengan harapan Diha dapat memenuhi kehendaknya. Mina hanya memberi alasan untuk mencari sebuah lagu nyanyian Dafi “Bila Terasa Rindu” dan tidak di nafikan lagu ini sentiasa mereka nyanyikan bersama apabila diantara mereka yang kecewa dan mempunyai masalah. Setelah Mina memiliki telefon Diha yang diserahkan kepadanya, Mina berasa cukup gembira dan tanpa pengetahuan Diha, Mina mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. Tanpa pengetahuan Diha, Mina cuba mencari dan menyelongkar telefon Diha dan mengharapkan berjaya mendapat nombor telefon Ali. Setelah mendapatkan apa yang diinginkan , Mina tergesa-gesa untuk pulang kerumahnya,dengan alasan ibunya menyuruh pulang.
Selesai
tamat tempoh bercuti, Diha kembali ke
kolej dengan harapan yang tinggi. Apabila sahabat ini berjauhan , Mina mula
mencari langkah untuk menghubungi Ali. Pelbagai cara dan cerita yang di reka untuk membuatkan Ali percaya apa yang cuba
disampaikan oleh Mina. Mina dengan senang hati mengkhianati rakannya Diha yang
tidak tahu perkara sebenar tentang hal ini. Akhirnya Ali mempercayai kata-kata
yang disampaikan oleh Mina, namun Ali berasa bersalah terhadap Diha dan merasakan
perbuatannya ini boleh mengundang padah didalam perhubungannya dengan Diha.
Mina masih tidak
berpuas hati selagi rancangannya untuk menjatuhkan rakannya Diha masih tidak berjaya.
Dia cuba mencari altenatif lain untuk mendapatkan Ali, walaupun terpaksa
mengkhianati Diha. akhirnya Ali cuba untuk berterus terang kepada Diha
mengenai perbuatan Mina, namun pada masa yang sama Ali tidak mengetahui bahawa
Mina itu adalah rakan baik Diha. Diha berasa sangat kecewa dengan apa yang
berlaku dan hanya mampu berdoa agar dipermudahkan urusannya dan hanya berserahkan
kepada Allah.
Mina telah
menghubungi Diha dan berpura-pura tidak tahu mengenai hal yang berlaku. Diha
mula menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam perhubungannya dengan Ali kepada
Mina. Mina sudah mengenali sikap rakannya yang muda memaafkan kesalahan orang
lain walaupun susah untuk melupakannya. Mina juga sering bertanya mengenai
hubungan mereka, dan pada masa yang sama Mina menyamar dengan menggunakan
nombor telefon lain, untuk mengelirukan Diha . Mina menyamar untuk menggangu
diha dan memberi amaran supaya jangan menggangu
Ali. Diha mula menyedari perubahan sikap rakannya itu dan cuba membuat
perancangan untuk menguji mina dengan cara menggunakan psikologi . Akhirnya
rahsia Mina telah terbongkar kerana tanpa dia sedari bahawa dia telah mengaku
dengan perbuatan yang dilakukannya. Mina sangat menyesal dengan perbuatannya
dan meminta maaf terhadap Diha di atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi. Mina meminta supaya rahsia ini disembunyikan dari
pengetahuan Ali
Di sini kita
dapat melihat pergolakan di antara dua sahabat baik iaitu mina dan diha. Mina yang
memegang watak jahat iaitu seorang yang pentingkan diri sendiri manakala Diha
pula mementingkan persahabatan dan juga seorang yang pemaaf. Kita sebagai
seorang manusia, memaafkan kesalahan orang lain adalah perbuatan yang mulia
dan tidak salah kita memaafkan kesalahan
orang lain terhadap kita. Memaafkan itu lebih baik dari meminta maaf. Kesimpulan dalam cerita ini, boleh
diibaratkan dengan peribahasa “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya
jatuh ke tanah jua ”. ini bermaksud
apabila kita merancang sesuatu perkara, haruslah berfikir dahulu sama ada ia
baik untuk kita atau sebaliknya. Ia juga boleh menggunakan pepatah yang
mengatakan “Buang yang keruh ambil yang jernih”. Oleh itu, mari kita bersama-masa
muhasabah diri dan cuba memperbaiki kesilapan kita kearah yang lebih baik.
Janganlah kita mengikut hawa nafsu semata-mata untuk mendapatkan sesuatu bagi
kepuasan diri sendiri.
Sekian…
************************************************************************
Cerita di
atas mengingatkan saya dengan saudara kita, arwah Malik Syarafuddin, beliau
banyak memberi nasihat mengenai kesabaran, kemaafan, kejujuran dan sebagainya.
Terima kasih
sekali lagi kepada beliau, beliau seringkali menyebut perkataan sabar, sabar
walaupun hati tengah sedih. Memaafkan orang walaupun bukan kita yang salah dan
jujur pada diri kita dan jujur pada orang lain. Sekiranya hilang di antara
satu, hilanglah segalanya , seperti “sekutuk beras basah”.
Al –Fatihah
buat beliau, semoga beliau ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Amiinn..
Gambar hiasan.. |
bagus !!!!
ReplyDeletebantu saya buat karangan bm
tq
Saya juga dapat merujuk
ReplyDeleteKarangan di sini tq for blog