Muzik

Kisah Semut yang Tabah

        
               suatu hari, ada seorang Arab Badwi yang musafir untuk sebuah keperluan, ketika dia sangat letih, kepenatan dan putus asa, dia lantas duduk dan berfikir untuk kembali ketempat asalnya,. Tiba-tiba , dia melihat seekor semut yang merangkak naik keatas batu besar, lalu semut tersebut jatuh ke bawah dan kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. peristiwa tersebut berlaku berulang kali.. namun si semut tetap berusaha.. hingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut. 

        Melihat perkara yang pelik tersebut , lalu Arab Badwi tersebut berkata dalam hatinya. " saya seharusnya lebih pantas untuk sabar dan berusaha keras daripada semut tersebut." lalu dia pun meneruskan perjalanannya kembali, hingga akhirnya .. dia pun sampai ke tempat tujuan yang diinginkan.. alhamdulillah ^^,

*******************************************************************************************************************

Pengajaran :
cari dan usaha jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan.. kerana penyakit bagi orang yang ingin mencari dan meraih adalah rasa bosan. sesungguhnya dalam kehidupan semut terdapat pengajaran dan taladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad , kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelahdan bosan..

 "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". 

[surah An-Naml 27:19]

jadi bagi saya cerita di atas membuat kan saya sedar.. bertapa pentingnya berusaha.. tanpa kenal erti menyerah kalah.. dan sentiasa sabar, tabah menerima ujian dari Allah.. malahan keikhlasan juga penting dalam diri saya... Insya Allah.. Allah permudahkan urusan kita..
semoga mendapat manfaat dari kisah semut yang tabah.. ;)
sekian dari saya :)

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"