Muzik

Qadha dan Qadar


* Ya Qadak dan Qadar.. rukun Iman yg ke6 .. Beriman kepada Qadak dan Qadar.. dgn beriman kepada Qadak dan Qadar , kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya..Dgn itu kita kena sabar dgn apa pun dugaan yg kita terima.. kalau kita ada masalah dgn sesiapa pun.. kita bawa dia berbincang.. tanya apa sbnarnya masalah yg berlaku.. dn jngan selesaikan sendiri.. Ingat Allah bukan xnak bantu cuma kita kena cari jaln penyelesaiannya.. sebenarnya jln penyelesaiannya lah tu ada hikmah nya.. kalau x juga selesai2.. sabar lah juga jawapanya..

"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak".( Khalifah Ali bin Abi Thalib ) .. 

kalau  kerana cinta... kukuhkan cinta kita kepada Allah terdahulu, ikhlaskan hati serahkan sepenuhnya cinta kita kepada Allah... semoga Allah memberikan nikmat berkasih sayang dengan seseorang yang juga mencintai Allah.. bahagia itu dtg nya dr Allah, bukan hanya melalui hubungan lelaki & perempuan.. Bangkit...usah bersedih berpanjangan.... tetapi sedang menggadaikan imannya..



Wahai sahabatku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah s.w.t “ Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (Surah Al-Imran : 175) .

 Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda "Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya." (Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)

Ingat lah.. termasuk diri saya sendiri.. Allah mengetahui apa yg kita tidak ketahui.
Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA Belajarlah TAAT walau BERAT Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu....  :)

wallahualam 
sekian.. 

**************************************************************************************


Hamba yg Daif ..



Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"