Muzik

Membentuk Peribadi Anak-Anak

Pepatah Melayu lama pernah mengatakan bahawa " melentur buluh biarlah dari rebungnya". Di dalam hadis riwayat Bukhari menceritakan pula tentang akhlak Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anak kecil menjadi soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya," Rasulullah SAW mencium Hassan bin Ali. ketika itu di sampingnya duduk Aqra' bin Habis. Aqra' berkata, " saya mempunyai sepuluh oeg anak. tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium." Rasulullah SAW memandang kepadanya, kemudian berkata. " Barangsiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi!" ( HR Bukhari)

Pengajarannya ialah setiap ibu bapa perlu menunjukkan tanda kasih sayang agar mereka juga dikasihi di kemudian hari. caranya bukanlah dengan mengikuti segala kehendak anak-anak, membiarkan atau memanjai mereka tanpa batasan. semestinya kita hendaklah menanamkan sifat terpuji, berakhlak mulia, mengenali serta taat kepada Allah SWT, menyintai Rasulullah SAW dan mengasihani sesama insan. perkara2 ini lah yang melambangkan kasih sayang.

cinta terhadap anak2 membuatkan ibu bapa tidak redha kehidupan anak2 mereka rosak. bertitik tolak dari situ. ibu bapa perlu menyediakan landasan kebahagiaan demi kehidupan anak2 di dunia dan akhirat. kesan akhiratnya anak2 pula akan menjadi soleh, menyayangi dan sentiasa mendoakan kesejateraan kedua ibu bapa mereka.

Pembentukan siasah seorg manusia adalah bermula dari pembentukan peribadi yang dibina melalui pengalaman dan latar belakang manusia itu sendiri. Akhak ibu bapa dan 'persekitaran yang membina' diperlukan untuk membentuk pribadi anak2.

Kebiasaannya, anak2 bertukar menjadi liar dan bermasalah di sebabkan latar dan bermasalah disebabkan latar dan pengalaman yang dialami itu bersifat negetif. Akhirnya membentuk dan menghantui diri anak2, lalu terjebak dgn masalah moral dan sosial.

Sesungguhpun demikian, masalah belum terlambat untuk berubah. Usaha berterusan perlu dilaksanakan, tangunggjawab perlu dipikul. selebihnya biarlah Allah SWT menentukan kesan akhir ke atas usaha2 baik tersebut.. :) Allahuhakhbar ..

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Antara perkara2 yang boleh membangunkan sasiah anak2 ialah :
1) Anak Kecil

* ibu bapa perlu menumpukan kepada pengukuhan tabiat baik melalui 'pengaruh terarah(ganjaran)'
* elakkan mendenda anak
* perlu tegas dgn anak
* jgn bertindak melulu terhadap anak2. pereksa dahulu setiap peristiwa yg berlaku.
* perlu sentiasa konsisten setiap kali bercakap dan mengeluarkan arahan.

2 ) Anak Bermasalah

* denda pada peringkat awal mungkin perlu untuk menghentikan tabiat buruk tetapi pastikan denda  tidak memusnahkan hubungan baik antara ibu bapa dgn anak.
* elekan menengking, berleter atau memukul.
* mulakan pengukuhan tabiat baik melalui pengaruh positif terarah menggunakan ganjaran.
* lakukan perbincangan dari hati ke hati dgn anak diperolehi drpada kelakauan tersebut.
* elakkan segala macam halangan ketika berbincang dgn anak2
* rapatkan jurang antara ibu bapa dan anak2. selami dan fahami hati mereka dan mula bertindak
daripada situ untuk memperbetulkan keadaan.

3 ) Golongan Remaja

* Danpingilah mereka
* sayangilah mereka
* hormatilah mereka dan tunjukan kasih sayang
* berceritalah dgn mereka
* hargailah mereka
* jangan perkecilkan mereka
* jangan kutuk atau merendah2kan hingga hilang atau goyah daya keyakinan mereka.
* jelaskan di antara betul dan salah
* kukuhkan tabiat positif
* 'Berkawanlah' dgn anak2 anda 

*********************************************************************************



[DIDIKAN PERDANA]

Di antara asas pendidikan yang mesti dititik-beratkan oleh ibu 
bapa dan para pendidik ialah solat dan penghayatannya. 

Apabila solat dijaga dan dihayati oleh anak-anak dan para pelajarnya, maka sebahagian besar pendidikan telah pun selesai 
dan mereka tidak akan pernah menyesal kerana bersusah-payah untuknya.



" Buku Diari Islamiah .. "

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"