Posts

Showing posts from January, 2014

Muzik

" Kisah CInta "

Image
Ada sebuah kisah tentang sepasang kekasih yang saling mencintai yang pada akhirnya cinta itu menjadi indah ketika mereka berkomitmen untuk menikah menjalani gelombang kehidupan bersama-sama walau badai senantiasa menerpa, tapi cinta mereka berdua tidak pernah goyah Si pemuda mempunyai kekasih yang cantik jelita selain cantik si istri juga termasuk wanita soleha dia sangat rajin beribdah dan patuh kepada suaminya namun, bukan kecantikannya yang membuatnya mencintai istrinya tetapi cinta karena Allah menjadi tujuannya Pada suatu hari Si suami berpamitan kepada Istrinya untuk berdagang keluar kota selama beberapa hari si suami berjanji akan pulang secepatnya jika semua urusannya berjalan dengan lancar selama kepergian suaminya, tersebarlah wabah penyakit menular didaerah tempat tinggal mereka berdua sehingga sang istri pun terkena penyakit menular itu wajah sang istri yang dahulu cantik jelita kini berubah menjadi wanita yang buruk rupa Sang suami yang sedang berdagang keluar kota belum

“Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah jua”

Image
“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua” yang membawa maksud : Seseorang yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya atau erti lain, Kadang-kadang, setinggi-tinggi digantikan dengan sepandai-pandai. Walaupun kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang lain, ia membawa erti kelakuan yang sama. Walaubagaimanapun, peribahasa  ini sering berkait rapat dengan penjenayah, iaitu dengan suatu cara yang betapa pandainya mereka menghindari dari ditangkap, namun  mereka tidak akan selamanya dapat melakukan demikian. Di sini kita berkongsi cerita mengenai rakan kita Mina( bukan nama sebenar).              Mina dan rakannya Diha (bukan nama sebenar), meraka adalah sahabat yang senang bergaul dengan sesiapapun di sekeliling mereka. Mereka ini diibaratkan seperti adik beradik kembar. Ketika susah dan senang mereka  sentiasa berkongsi cerita, sehingga pada satu tahap semua cerita perkembangan masalah masing-masing akan dikongsi  sehingga timbul peras

Sebelum Aku Bernikah

Image
********************************************************* Aku telah dilamar oleh seorang Lelaki. Aku kira engkau adalah dia, Aku berharap engkau adalah dia, Boleh jadi bukan, Boleh jadi ya. Kerana engkau sahaja aku cinta, Bukan tunangku, Bukan yang nanti menjadi suamiku, Melainkan dia adalah engkau, Namun nyata Allah telah mengawalkan Syurga ku. Ingatlah apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejab saja. Sabarlah sekejab!! Dah kahwin nanti yang halal amatlah luas, Lebih indah. Kerana bernaungan Redha Allah. Sabarlah duhailah hati..  Keampunan Allah selalu tuk mu.. ***********************************************************************

Budak Kecil dan Api Neraka

Image
seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya: "kenapa adik menangis" khalifah yang adil itu memujuk, "anak kecil seperti mu tidak akan di masukkan ke dalam api neraka" Namun apakah jawapan budak itu?. katanya! "aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu, setelah ranting kecil terbakar barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar , aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?.." mendengar jawapan itu, Khalifah turut menangis.... ******************************************************************* Pengajaran apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah.. yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia,  dilihat luar biasa oleh orang takutkan Allah. lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.. :) semoga

Kehidupan..

Image
Kehidupan   Kehidupan yang penuh kesalahan lebih berharga dan lebih berguna jika di bandingkan dengan hidup  tanpa melakukan apa-apa Kehidupan yang tidak teruji  bukan kehidupan yang  berharga bagi seseorang Kehidupan ini seperti permainan catur siapa yang dapat memandang jauh ke depan dialah pemenang.. hidup ini bukanlah sesuatu jalan yang datar dan di taburi bunga melainkan adakalahnya di sirami air mata dan darah Hidup ini ialah kemahuan hidup bukanlah berfikir semata-mata  tetapi bertindak hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan persoalan-persoalan yang kecil Hiduplah seperti pohon kayu yang  lebih buahnya hidup di tepi jalan dan dilontar dengan batu kita balas dengan buah.. ***************************************************************** jadi kehidupan memang cam ni.. sebagai seorang hamba kita sedar yang kita tidak lari dari ujian daripada Allah :)

Kisah Semut yang Tabah

Image
                        suatu hari, ada seorang Arab Badwi yang musafir untuk sebuah keperluan, ketika dia sangat letih, kepenatan dan putus asa, dia lantas duduk dan berfikir untuk kembali ketempat asalnya,. Tiba-tiba , dia melihat seekor semut yang merangkak naik keatas batu besar, lalu semut tersebut jatuh ke bawah dan kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. peristiwa tersebut berlaku berulang kali.. namun si semut tetap berusaha.. hingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut.          Melihat perkara yang pelik tersebut , lalu Arab Badwi tersebut berkata dalam hatinya. " saya seharusnya lebih pantas untuk sabar dan berusaha keras daripada semut tersebut." lalu dia pun meneruskan perjalanannya kembali, hingga akhirnya .. dia pun sampai ke tempat tujuan yang diinginkan.. alhamdulillah ^^, ******************************************************************************************************************* Pengajaran : cari dan usaha jangan

Perasaan Sedih

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera .. kepada sahabat saya yang saya sayangi.. dalam perhubungan yang semangkin akhrab .. InsyaAllah bila Allah izin, kita pasti akan bertemu.. saya ingat lagi bila Kita di anugerakan perasaan yang luar biasa .. seperti nak marah, nak sedih.. gembira.. kecewa.. dan lain2..memang minggu ni ada sedikit beremosi.. Ada perasaan sedih yang tertanam dalam diri ini. Untuk entri kali ini saya ingin berbincang mengenai perasaan yang terdapat dalam hati manusia ini. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya. Walaubagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih. Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Ant

Qadha dan Qadar

Image
* Ya Qadak dan Qadar.. rukun Iman yg ke6 .. Beriman kepada Qadak dan Qadar.. dgn beriman kepada Qadak dan Qadar , kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya..Dgn itu kita kena sabar dgn apa pun dugaan yg kita terima.. kalau kita ada masalah dgn sesiapa pun.. kita bawa dia berbincang.. tanya apa sbnarnya masalah yg berlaku.. dn jngan selesaikan sendiri.. Ingat Allah bukan xnak bantu cuma kita kena cari jaln penyelesaiannya.. sebenarnya jln penyelesaiannya lah tu ada hikmah nya.. kalau x juga selesai2.. sabar lah juga jawapanya.. "Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak ".( Khalifah Ali bin Abi Thalib ) ..  kalau  kerana cinta... kukuhkan cinta kita

Seorang wanita apa bila?

Image
 Assalamulaikum .  sahabat yang saya sayangi.. semoga kita di rahmati Allah ... agar sentiasa dalam perlindunganNya.. ehmmm saya nak kongsi skit.. kenapa lelaki tak mau ambil peduli tntang perasaan perempuan .. wahai saudara saya ( muslimin) kalau awak nak tau.. hati perempuan ni.. muda tersentu,,, jagn nak main2 dgn perasaan perempuan ok.. BAHAYA! tau x.. .. bila saya baca di bawah ni mesti saya gelak sorg2... ehmmm :) kau awak nak gelak juga sorang2.. awak kena baca ni . heheh..  ;) kebanyakan mereka ( lelaki) xtaupun yang perempuan ni bila da sayang .. dia nak bagi tau satu dunia tentang perasaannya (perempuan) xkisalah yang sedih ka.. yg menyakitkan ka.. yg paling best.. seronok sangt bila mereka tengah jatuh cinta..kalau boleh gajah di depan mata xnampak (hehe)... ;) ( saya xcam tu k )  selamat membaca :) 1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2.Bila di

Membentuk Peribadi Anak-Anak

Image
Pepatah Melayu lama pernah mengatakan bahawa " melentur buluh biarlah dari rebungnya". Di dalam hadis riwayat Bukhari menceritakan pula tentang akhlak Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anak kecil menjadi soleh. Dari Abu Hurairah r.a. katanya," Rasulullah SAW mencium Hassan bin Ali. ketika itu di sampingnya duduk Aqra' bin Habis. Aqra' berkata, " saya mempunyai sepuluh oeg anak. tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium." Rasulullah SAW memandang kepadanya, kemudian berkata. " Barangsiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi!" ( HR Bukhari) Pengajarannya ialah setiap ibu bapa perlu menunjukkan tanda kasih sayang agar mereka juga dikasihi di kemudian hari. caranya bukanlah dengan mengikuti segala kehendak anak-anak, membiarkan atau memanjai mereka tanpa batasan. semestinya kita hendaklah menanamkan sifat terpuji, berakhlak mulia, mengenali serta taat kepada Allah SWT, menyintai Rasulullah SAW dan mengasihani sesama insan. p

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"