MENJAMIN KEBERSIHAN TANGAN (RP)
PENGENALAN
Unit ini
mendedahkan Pelajar kepada amalan mencuci tangan sebelum makan, sebelum
menyedia atau menghidang makanan dan selepas ke tandas bagi mencegah penyakit
seperti jangkitan cacing dan keracunan makanan daripada
merebak.
OBJEKTIF
Pada
akhir sesi ini, Pelajar akan dapat :
Menerangkan bila perlu mencuci tangan.
Menunjukkan 7 langkah mencuci tangan dengan
betul.
Menyenaraikan penyakit-penyakit makanan dan
air yang berpunca dari tangan yang kotor.
ISI
PENTING
Masa-masa yang perlu untuk mencuci tangan.
7 langkah mencuci tangan.
Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air
yang berpunca dari tangan yang kotor.
KANDUNGAN
Mencuci
tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan
kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang
boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor membawa kuman-kuman
pada kulit, celah-celah jari dan di bawah kuku.
Masa-masa Yang Perlu Untuk Mencuci Tangan
Pelajar dinasihatkan supaya mencuci
tangan pada masa-masa tertentu seperti berikut :
Sebelum dan selepas makan.
Sebelum menyedia dan menghidang
makanan.
Selepas ke tandas.
Selepas menyentuh sampah atau kotoran.
7 Langkah Mencuci Tangan
Untuk memastikan tangan betul-betul bersih
dan tidak mengandungi kuman yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :
i. Sabunkan tangan secukupnya sehingga
berbuih.
ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan
menggunakan jari.
iii. Gosok setiap jari dan celah jari.
iv. Gosok kuku di tapak tangan.
v. Gosok bahagian belakang kedua-dua
tangan.
vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.
Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air
berpunca dari tangan yang kotor. Tangan yang kotor boleh memindahkan
kuman-kuman serta telur cacing kepada makanan dan minuman. Akibatnya, seseorang
itu boleh menghidap penyakit seperti keracunan makanan, taun dan demam kepialu
(Tifoid). Selain itu, tangan kotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti
penyakit kulit dan kudis buta.
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
1 : TAYANGAN VIDEO ‘ 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN’
A. Cara
Pelaksanaan
Guru akan menayangkan video Skop 2 unit 1
mengenai kepentingan mencuci tangan dengan betul.
Guru memilih beberapa orang murid untuk
menerangkan semula kandungan video yang ditayangkan.
Guru menerangkan kembali faedah mencuci
tangan dengan betul.
B.
Sumber
Video Skop 2, Unit 1
Pemain DVD
Projektor Video
C. Masa
1 jam
D.
Penilaian
Soal Jawab
AKTIVITI
2 : DEMONSTRASI MENCUCI TANGAN
A. Cara
Pelaksanaan
Guru mendemonstrasikan 7 langkah mencuci
tangan sambil diikuti oleh semua murid.
Guru memilih beberapa orang murid untuk
mendemonstrasikan semula 7 langkah mencuci tangan secara betul.
Guru menerangkan kembali faedah mencuci
tangan dengan betul.
B.
Sumber
Poster 7 Langkah Mencuci Tangan
C. Masa
30 minit
D.
Penilaian
Soal Jawab
AKTIVITI
3 : TUJUH SERANGKAI
A. Cara
Pelaksanaan
Aktiviti ini berbentuk pertandingan.
= Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut bilangan ahli. Setiap kumpulan terdiri
daripada 20 orang Pelajar.
daripada 20 orang Pelajar.
= Tujuh (7) orang dari setiap kumpulan
bertanggungjawab untuk memegang kad gambar cara
membasuh tangan (satu kad untuk seorang murid).
membasuh tangan (satu kad untuk seorang murid).
= Masa satu (1) minit diberikan kepada murid
yang memegang kad gambar untuk berdiri di
hadapan kelas mengikut urutan 7 langkah mencuci tangan dari kiri ke kanan (ahli kumpulan
diminta untuk membuat keputusan bersama bagi membantu murid berdiri mengikut urutan kad
yang betul).
hadapan kelas mengikut urutan 7 langkah mencuci tangan dari kiri ke kanan (ahli kumpulan
diminta untuk membuat keputusan bersama bagi membantu murid berdiri mengikut urutan kad
yang betul).
= Guru bertanggungjawab untuk menjaga masa
bagi menentukan pemenang bagi aktiviti ini.
Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 7
langkah mencuci tangan dengan betul dalam masa
satu (1) minit dikira sebagai pemenang.
satu (1) minit dikira sebagai pemenang.
= Guru perlu membimbing kumpulan yang gagal
menyusun kad gambar secara betul.
= Guru menerangkan semula 7 langkah mencuci
tangan.
= Di akhir sesi, Pelajar dikehendaki
menyusun kembali kad untuk simpanan.
B.
Sumber
Kad 7 Langkah Mencuci Tangan
C. Masa
1 jam
D.
Penilaian
Comments
Post a Comment