Assalamualaikum hati,
Hati dengarlah apa yang saya nak kongsikan. Hati kadang-kadang
saya lebih suka berdiam dari terus berkata-kata. Tapi bila saya dah tak mampu tuk
bertahan saya akan mencari orang yang saya percaya untuk meluahkan segalahnya..Kadang-kadang
juga saya memang suka meluahkan perasaan pada orang, tapi itu semua bukan untuk
minta simpati. cuma hanya nak minta difahami. Kadang-kadang berkawan pun dah cukup buat saya bahagia. ^^
Kalau awak memang dah takde hati terus terang, saya akan lepaskan awak kalau itu yang awak nakkan..Memang setia
itu perlu dalam perhubungan, tapi tak bermakna kita tak boleh berkawan dengan
orang lain, kawan juga perlu, sebab kawan lah yang akan kita cari bila tibanya
kita dalam keadaan sedih, susah, kawanlah yang membantu.
Saya tahu dalam hati awak ada dia, saya tahu
awak dah mula rindukan dia, tapi saya sengaja buat-buat tak tahu, sebab saya
nak tengok sejauh mana awak akan jujur dengan saya.
Wahai hati ingatlah zaman sekarang perkataan
'sayang' terlalu mudah untuk diperkatakan, jaga hati baik-baik kalau taknak
terluka nanti. Ingat hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah. terkadang
Tuhan membungkusnya dengan masalah, tapi di dalamnya ada hikmah & barakah. Jangan
pernah lupa pada seseorang yang sentiasa ada ketika kita susah dan senang,
kerana tanpa dia, kita mesti takkan kuat seperti sekarang.
Jangan bersedih wahai hati. Allah tahu apa yang
terbaik untukmu. Jangan mengeluh. Kerana
ada orang yang lebih susah dari mu. Langit tak selalu cerah, kadang2 mendung
tanda nak hujan, hidup tak selalu indah, ada masa diberi ujian, tanda di
sayangi Allah. Lihatlah di sekeliling mu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang
hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan.
Wahai hati ingatlah jangan bandingkan pasangan kita
jadi seperti pasangan orang lain. Hati, Percayalah dengan pasanganmu, bukannya diubah
dia jadi orang lain. Banyak pahala kalau menggembirakan orang lain, tak mengapalah
jika hati sendiri terluka, Allah kan ada untuk menyembuhkan. Kita perlu banyak
'meminta maaf' walaupun kita rasa kita tak buat salah, manalah tahu kita
mungkin telah menyakiti seseorang dalam diam yang kita tidak sedari
kehadirannya..
Semakin kita sayangkan seseorang itu, Allah
akan menguji kita dengan pelbagai lagi dugaan untuk melihat sejauh mana tahap
kesabaran kita.
Comments
Post a Comment