Muzik

"Kebahagiaan Itu Yg ku CARI"


Ya Rab, hamba-Mu ini datang menghadap-Mu, memohon maghfirah-Mu dan mengharap keredaan-Mu. Hamba-Mu yang hina ini sujud kepada-Mu. Ya Tuhan yang Maha Pengampun, sungguh dosaku bagaikan pepasir di pantai. Sungguh khilafku bagai bintang di langit malam. Kau ampunilah aku, Ya Rab. Sungguh diri ini lemah tanpa-Mu, diri ini hina tanpa hidayah-Mu, diri ini cela tanpa rahmat-Mu, diri ini rugi tanpa maghfirah-Mu.

Kau ampunilah segala dosa dan khilafku kelmarin,hari ini dan akan datang. Kau kukuhkanlah hati ini pada jalan-Mu, kau tuluskan niat ini pada agama-Mu. Andai aku jatuh dalam mehnah dan ujian ini, Kau tariklah aku kembali pada jalan-Mu. Andai aku tersungkur dalam mujahadahku, Kau pimpinlah aku kembali dengan kasih sayang-Mu. Andai aku lalai dengan nikmat dunia-Mu, Kau didiklah aku dengan rahmat-Mu.

Ya Rahim.. Jika dia(...) yang terbaik untuk agama dan keturunanku, maka Kau campakkanlah rasa cinta ini kepadanya selagi cinta sesama manusia ini tak membawa aku jauh dari-Mu. Sungguh, kadangkala aku lemah dengan cinta manusia. Aku takut aku tersungkur lagi hanya kerana cinta manusia. Aku tak kuat, Ya Rab! Maka Kau kuatkanlah hati-hati kami dengan mahabbah fillah. Jadikanlah cinta kami teguh sepertimana cinta Muhammad dan Khadijah, cinta Yusuf dan Zulaikha, cinta sulaiman dan Balqis. Tanamkanlah dalam diri kami cinta kerana-Mu, cinta kerana agama-Mu..

Ya Rab, jika dia(...) tidak baik untuk agama dan ketutunanku jauhilah dia dari hidupku. Dan gantikanlah yang telah Engkau takdirkan untukku.. Tuhan ku lemah tanpa-Mu, pimpinlah aku dengan kasih sayang-Mu. Didiklah aku dengan rahmat-Mu, aku tak kuat tanpa-Mu.. 

Aminn ya robbal al amin ..



Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"