MENJAMIN KEBERSIHAN TANGAN (RP)
PENGENALAN Unit ini mendedahkan Pelajar kepada amalan mencuci tangan sebelum makan, sebelum menyedia atau menghidang makanan dan selepas ke tandas bagi mencegah penyakit seperti jangkitan cacing dan keracunan makanan daripada merebak. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Pelajar akan dapat : Menerangkan bila perlu mencuci tangan. Menunjukkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul. Menyenaraikan penyakit-penyakit makanan dan air yang berpunca dari tangan yang kotor. ISI PENTING Masa-masa yang perlu untuk mencuci tangan. 7 langkah mencuci tangan. Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air yang berpunca dari tangan yang kotor. KANDUNGAN Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana ta...