**Pendekatan Belajar Melalui Bermain**
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran
yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar
melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka
bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran
inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan
tertekan.
Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:
· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
Perkembangan Fizikal
dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah
dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti
pergerakan lokomotor kreatif.
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti
dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal
untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai
dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat
kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.
nice.. (Y)
ReplyDeletethanks.. hehehe
Delete