Muzik

Bermain ataupun Permainan~

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan  memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain.

contoh permainan yang melibatkan kemahiran motor kasar dan halus iaitu permainan nenek nenek si bongkok tiga, Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak pada zaman dahulu..saya ingat lagi, permainan ini di ajar oleh sepupu serta rakan-rakan saya di kampung ketika dahulu, sempat lagi bergadu masa tu ( hehehe )..sekarang, masing-masing dengan kehidupan sendiri..ok lah... permainan ini memerlukan labih dari 2 orang kanak-kanak..lagi ramai lagi bagus..

Antara alat yang diperlukan hanyalah - kain @pun selendang untuk menutup mata "nenek", sebatang kayu sebagai tongkat nenek.

cara bermain :

1. Pertama, yang perlu sebelum memainkan permainan ini ialah mengajar kanak-kanak lagunya terlebih dahulu... berikut merupakan lagu nya..sila la tengok er... semoga terhibur ( hehehe)

 2. dah pandai nyanyi kan..?? boleh la mulakan permainan...caranya, pilih seorang kanak-kanak untuk jadi nenek. Ikat matanya dengan kain@selendang tadi...jangan ketat sangat tapi pastikan juga "nenek" tersebut tak boleh nampak k..berikan juga tongkat tadi supaya dapat membantu si nenek yang tertutup matanya itu..yang lain sebagai "cucu".

contoh lirik lagu
3. setelah lagu di nyanyikan sehingga selesai, "nenek" tersebut hendak lah mengejar@menangkap  cucunya iaitu peserta yang lain untuk digantikan menjadi "nenek" dan seterusnya..( takpun sebagai tahanan si nenek)
Tambah kapsyen

contoh permainan lain :
lambung belon
kejar-kejar
belalang dan pelatuk
dan lain2 
selamat mencuba :)

*****************************************************************
Daripada Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"dunia ini barang yang berguna(menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah wanita yang solehah."
(H.R. Muslim) 

motor kasar dan halus

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Comments

  1. hahaha.. lucu admin.. sempat lagi.. gaduh lagi ya.. :D
    world children .. hehehe ..

    ReplyDelete
  2. hehehe... :D xkan x pernah buat kot... ;) hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"