Muzik

Dunia kanak-kanak

Assalamualaikum ... sahabatku yg dikasihi Allah..

Ketika aku mencari ketenagan dan motivasi serta semangat untuk terus menghayun langkah, aku pandang ke langit. Banyak isi hati yang tak mampu aku luahkan. Namun pertembungan mata ini dengan kebiruan langit dan kecomelan awan kepul-kepul, daku mengukir senyuman. Itulah dia open diary ku. Yang aku boleh baca balik setiap kali memandang ke atas. Memandang luasnya di atas, aku sedar dunia di bawah yang aku rasa sempat ini hanyalah kecil. Di situ aku peroleh harapan..

Dunia kanak-kanak,, sedap bunyinya kan ? :) apa yg kita faham dengan kanak2..Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. setelah kita mengetahui dasar kanak2, saya nak ajak korang masuk dunia kanak-kanak. jom! .. (hehehe)
 
kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja acuan yg di ingini oleh ibubapa mahupun pendidik. oleh itu ibu bapa mahupun pendidik merupakan peranan penting untuk membentuk sikap kanak-kanak dan tingkah laku mereka.

kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dalam sesuatu perkara. kanak-kanak sangat kratif dalam melakukan sesuatu perkara untuk memenuhi citarasa mereka. sebagai contoh apabila mereka melakar atau membina sesuatu permainan seperti melukis kereta, orang atau apa sahaja, ia datangnya daripada imaginasi mereka sendiri. oleh sebab itu hasil yang diperoleh adalah lukisan pelik yang tidak terjangkau akal orang dewasa.

semakin kita terokai dunia kanak2 semakin banyak kita tahu perkembangan mereka. mereka hanya tahu keseronokan, kegembiraan.ketawa dan sebagainya. kebanyakan kanak-kanak lebih suka kepada bunyi-bunyian seperti muzik, permainan dan sebagainya. oleh itu saya melatih diri saya untuk mewujudkan satu permainan yang melibatkan semua pelajar ataupun kanak-kanak dalam satu pergerakan. permainan ini bukanlah satu permainan yang bersikapkan dogeng, klasik, tetapi ia melibatkan pergerakan fizikil, emosi dan sebagainya yang diikuti dengan rentak irama muzik. contoh, mewujudkan satu animasi seperti animasi haiwan, buah2an, tumbuh2an dan sebagainya untuk kanak-kanak lebih mengenal malahan mereka dapat menamakan sekali gus.

selain itu juga kanak-kanak dapat belajar dengan pelbagai yang tidak di sangkah oleh mereka sendiri.  disini kita lihat keseronokan pada diri mereka lebih berkembang, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak lebih tertarik dan berminat ke sekolah tanpa arahan dari ibubapa mereka.


************************************
Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah
untuk menuju cinta-Mu,
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar
tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,
Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"