Posts

Showing posts from February, 2015

Muzik

Teori Bronfenbrenner ( 1979 )

Teori Bronfenbrenner. (1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitar

Bermain ataupun Permainan~

Image
Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan  memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. contoh permainan yang melibatkan kemahiran motor kasar dan halus iaitu permainan nenek nenek si bongkok tiga, Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak

**Pendekatan Belajar Melalui Bermain**

Image
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut: · Aktiviti yang menggembirakan · Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran · Permainan bebas dan terancang · Kelonggaan masa · Percubaan idea sendiri · Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian Perkembangan Fizikal dapat dikuasai m

Dunia kanak-kanak

Image
Assalamualaikum ... sahabatku yg dikasihi Allah.. Ketika aku mencari ketenagan dan motivasi serta semangat untuk terus menghayun langkah, aku pandang ke langit. Banyak isi hati yang tak mampu aku luahkan. Namun pertembungan mata ini dengan kebiruan langit dan kecomelan awan kepul-kepul, daku mengukir senyuman. Itulah dia open diary ku. Yang aku boleh baca balik setiap kali memandang ke atas. Memandang luasnya di atas, aku sedar dunia di bawah yang aku rasa sempat ini hanyalah kecil. Di situ aku peroleh harapan.. Dunia kanak-kanak,, sedap bunyinya kan ? :) apa yg kita faham dengan kanak2..Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. setelah kita mengetahui dasar kanak2, saya nak ajak korang masuk dunia kanak-kanak. jom! .. (hehehe)   kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja acuan yg di ingini oleh ibubapa mahupun pendidik. oleh itu ibu bapa mahupun pendidik merupakan peranan penting untuk me

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara

PENGENALAN Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah da

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"