Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya : “sombong adalah menolak kebenaran dan memandang hina orang lain.”(Riwayat Muslim) Imam Muslim meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. melihat seseorang makan dengan tangan kirinya. Lalu, Baginda menasihatinya yang bermaksud: “ Makanlah dengan tangan kanan.” Dengan angkuhnya, orang tersebut menjawab: “aku tidak boleh makan dengan tangan kanan!” Mendengar jawapan angkuh itu, Rasulullah hanya bersabda: “ Engkau tidak boleh.” Setelah itu, tangan orang itu tidak boleh lagi dapat digunakan untuk mengangkat suapan ke mulutnya. Itulah tandah kesombongan dan salah satu sifat munafik. Berat menerima nasihat petanda kejahilan diri. Semakin jahil seseorang, semakin dia merasakan tidak memerlukan nasihat. Lebih jahil daripada itu, orang tersebut selalu menasihati nasihat sebagai celaan. Apa pula mendengar nasihat, orang seperti ini berasa diri mereka dihina. Mereka bukan hanya enggan menerima nasihat itu, malah sengaj...