Demi Kehidupan
Dugaan dan
ujian tidak perna terlepas dari manusia,
krususnya wanita. Bentuk ujian atau dugaan selalunya berbeza-beza bergantung
kepada tahap keupayaan seseorang. Sesungguhnya Allah SWT itu Bijaksana dan Maha
Mengetahui. Pengetahuaan manusia sangat terbatas untuk mengukur keupayaan
seseorang. Hatta diri sendiri. Mampukah kita mengukur keupayaan diri? Tepuk dada
tanya iman.
Kehidupan ini adalah permainan dalam
pelbagai agenda yang mencabar penuh dugaan, serta ujian Allah SWT. Sesungguhnya
segala ujian bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila
terujinya seorang hamba, maka segala ujian daripada-Nya itu adalah sebagai
penghampus dosa yang mengantikan hukuman di akhirat kelak.
Insya-Allah.
Ada waktunya, kita cukup kuat dan
kental jiwa untuk menumpuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula
kita cukup lemah dan berasa kalah, walau sekuat mana sekalipun zahir dan batin
seseorang. Sekali apabila di terjah kenangan yang melukakan pasti akan
tertumpah di tubir mata. Apa tak lagi mereka yang tidak bernasib, pati terasa
sayu dihati.
Sesungguhnya,tidak perlulah kita nafihkan,
ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada tekanan hidup. Pelbagai kesukaran
kehidupan menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran yang dating silih
berganti. Sematkan di dada bahawa Allah Allah SWT menguji iman kita. Percayalah
kita adalah wanita yang kuat lagi menyakini bahawa Allah SWT menguji kerana
mengasihani hamba-Nya. Kita pula usah berat mulut mengucap rasa bersyukur
kerana insan terpilih mendapat ujian dan perhatian Allah SWT.
Jika kita amati pengetahuan hidup
yang sementara ini, ujian yang dihadapi ini adalah dalam dua bentuk iaitu
kesusahan dan kesenangan. Kedua-dua ujian ini benar-benar menguji kita sebagai
hamba yang kedil. Bezanya sesiapa yang diuji dengan kesenangan diberikan, seperti
dikurniakan yang lazat-lazat dan keenakan juadah. Maka sesiapa yang sedar akan
keharusan mengawal nafsu dan sentiasa beringat ketika menikmati makanan,
insya-Allah dengan menhadap bahawa kelak akan mendatangkan kemudaratan keatas
golongan yang tidak beringat.
Ingatlah.. kehidupan di dunia yang
meliputi kemewahan dengan segala pangkat, kebesaran dan kesenangan itu, adalah
sekadar ujian, adakala dugaan kesenangan dan kesensaraan membuatkan kita rasa
lemah dan berputus asa. Kadang kala ia juga seringkali dipersoalkan itu dan ini
tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini
kita fikir cukup redha dengan ketentuan-Nya.
Muhasabahlah ..
Comments
Post a Comment