CINTA INI UNTUK SIAPA?
Rahsia Tuhan
Putih Hati yang
sedang ternodai
Membutakan seluruh
mata dan hati
Terhempas ke dalam
jurang yang tinggi
Dalam gelapnya hati
menghukum diri
Cuba untuk menentukan
Teka-teki kehidupan
TUHAN kan beri
jawapan
Untuk semua yang
telah terjadi
Biarkan waktu yang
menghakimi
Yakinlah di balik
semua cubaan
Tersimpan rahsia
TUHAN
Yang tak terungkap
Janganlah menyalahkan
keadaan yang kini terjadi
Sepenuhnya kuserahkan
kepada-Mu.
Kehidupan sangat rumit untuk diruangkaikan. Adakalanya kita
ketawa sehingga terlupa untuk beringat dan bersyukur. Apabila Kehidupan
dirundung kesedihan, barulah akan disedari nikmat kesyukuran itu.
Melakukan
kesilapan adalah lumrah bagi manusia biasa. Kenapa saya catatkan lagu adalah
kerana untuk memujuk diri agar memahami hakikat kehidupan. Segala pahit dan
manis yang datang di dalam hidup ini mungkin tidak dapat saya sediakan jawapan
kenapa,bagaimana dan bila kerana semua itu adalah rahsia TUHAN! Sungguh saya
akur dengan kehendak-NYA.
Saya adalah
seorang yang lurus dan jujur dengan kehidupan. Tidak terlintas di akal fikiran
bahawa manusia di dunia ini mempunyai niat berbeza dan maklamat kehidupan yang
berlainan. Seperti kehidupan lain. Seperti wanita lain, memiliki cinta daripada
manusia lainsangat saya inginkan. Alangkah indahnya jika cinta yang dimiliki
itu kekal hingga ke jinjang pelamin. Saya juga mencari-cari di dataran lembaran sang Adam, Siapakah pemilik tulang
rusuk ini? Sehingga di akhir penulisan ini, masih belum ketemu. Saya hanya
berhadapan dengan kekecewaan demi kekecewaan sehingga berasa keletihan dan
pasrah dengan apa juga yang ditakdirkan dalam hidup
Lelaki hari
ini rupanya tidak sama lagi seperti lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w. Ramai yang kurang mensyukuri nikmat Allah SWT kepada mereka. Kehadiran Hawa di dunia ini
yang melebihi daripada jumlah adam telah membuat mereka sedikit lupa diri,
dengan angkuhnya akan menjadikan wanita ini sebagai ‘calom-calonnya’. Mengumpul
sesiapa saja yang disukai dan membuat pilihan. Sekiranya tidak sesuai, dibuang
begitu sahaja atau mungkin hanya membekalkan kata-kata maaf sebagai pengganti
diri.
Janganlah
menggunakan takdir sebagai permaian alasan bibir seorang lelaki kerana
sesungguhnya takdir tidak pernah menyakiti pemiliknya sebaliknya kita sendiri
sebagai manusia yang merubitkannya.
Saya tidak
mengatakan semua lelaki itu sama tetapi mengatakan kebanyakannya. Saya masih
mencari di lewat usia ini, masih adakah lelaki yang mencontohi akhlak
Rasulullah s.a.w. di muka bumi ini? Jika tidak mampu mencontohi 100%, 10% sudah
mencukupi. Jika tiada diri ini masih bahagia dengan kehidupan kurniaan Allah
S.W.T setakat ini.
Ada juga di
kalangan Hawa, sanggup membiarkan kaumnya menagis dan menderita dengan merosakan sebuah hubungan
yang telah lama terbina. Buat lelaki yang pernah di berikan cinta, saya sangat
ikhlas dengan cinta itu. Apa jua lontaran tuduhan dan kepercayaan mereka. Saya terima
meskipun menyakitkan. Cuma diri ini tiada lagi kekuatan untuk mencintai seperti
dulu. Ia telah hilang dari hidup. Semoga Allah S.W.T menyembuhkan dan merawat
dengan cinta-NYA. Saya sudah menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T. cukuplah
Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w di hati. Hanya Allah SWTyang satu. Kepahitan
yang mereka berikan telah membuatkan saya mengenali hakikat kehidupan dan
semakin rapat dengan dengan Pemilik nyawa. Inilah perkara terindah dalam hidup saya.
Saya akui,
diri ini hampir mati dek kekecewaan yang mendalam. Dan dari situlah saya sangat
memahami hati insan-insan yang kecewa. Akhirnya apabila bermuhasabah lewat
sujud terakhir., saya mulai mengerti yang saya harus bangun dan berlari sejauh
mungkin dan mendaji juara dalam pecutan. Menoleh, tidak sekali-kali saya
lakukan!
Sujud
kepada Allah S.W.T telah menghentikan tangisan ini kerana mereka. Butir air
mata kini hanya saya hadiahkan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w. selama
ini saya terlupa dan tenggelam dengan cinta manusia yang penuh kepalsuan.
Ternyata.. cinta yang sangat segar dan malar telah menusuk dan mendiami
kediaman hari ini. Alhamdulillah ..
Saya sedar
bahawa Allah S.W.T seringkali membuka pintu hidayah sejak duhulu. Inilah kejahilan
dan betapa butanya saya menolak hidayah Allah S.W.T walaupun sedia
menyedarinya. Demi kehidupan dunia dan cinta terhadap lelaki yang di sangka
kekal bahagia, telah menutup seluruh pandangan mata dan hati ini. Tetapi kini,
saya ingin berubah dan terus berubah..
Comments
Post a Comment