Muzik

SEBAIK_BAIK SEDEKAH



Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?
 
1.      Sedekah yang diberikan secara sembunyi- sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang tangan kanan berikan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al_Baqarah ayat 271 yang bermaksud: “kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.”
2.      Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak  sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: “sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu berkata, “ini untuk si polan dan itu untuk si polan” sedangkan ia memang menjadi hak si polan itu.” (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
3.      Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib.
4.      Sedekah yang merupakan hasil daripada titik peluh sendiri.
5.      Sedekah kepada golongan yang berhak ikut priorti seperti nafkah ke atas anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, sehabat handai, dan sedekah pada jalan Allah.
6.      Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia.
(Sumber : Ali bin Muhammad al-Dahami, al-Sadaqah Fadha’iluha wa ‘Anwa’iha.)

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"