INILAH PETANDA MUNAFIK
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
mafhumnya : “sombong adalah menolak kebenaran dan memandang hina orang
lain.”(Riwayat Muslim)
Imam Muslim meriwayatkan bahawa pada
suatu hari Rasulullah s.a.w. melihat seseorang makan dengan tangan kirinya.
Lalu, Baginda menasihatinya yang bermaksud: “ Makanlah dengan tangan kanan.”
Dengan angkuhnya, orang tersebut
menjawab: “aku tidak boleh makan dengan tangan kanan!”
Mendengar jawapan angkuh itu,
Rasulullah hanya bersabda: “ Engkau tidak boleh.” Setelah itu, tangan orang itu
tidak boleh lagi dapat digunakan untuk mengangkat suapan ke mulutnya. Itulah
tandah kesombongan dan salah satu sifat munafik.
Berat menerima nasihat petanda
kejahilan diri. Semakin jahil seseorang, semakin dia merasakan tidak memerlukan
nasihat. Lebih jahil daripada itu, orang tersebut selalu menasihati nasihat
sebagai celaan.
Apa pula mendengar nasihat, orang
seperti ini berasa diri mereka dihina. Mereka bukan hanya enggan menerima
nasihat itu, malah sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya
bertujuan menyakiti hati orang yang menawarkan nasihat tersebut!
Ada pula orang yang terlalu keras
hatinya sehinggakan apabila mendengar nasihat, dia kembali”menasihati”. Ada
juga yang menyerang orang yang menasihatinya dengan makian atau makian atau
pukulan. Nauzubillah.
Comments
Post a Comment