MENCINTAI SAHABAT SENDIRI
Assalamualaikum
semua, sihat tak hari nie.. Alhamdulillah kalau sihat, bagi yang tak sihat tu,
adey doakan agar semua sihat dan Allah bagi kekuatan dalam diri.. In Shaa Allah
Aminn..
Adey
nak kongsi pengalaman nie, mencintai sahabat baik sendiri, ini bagi kes
berlainan jantina er bukan sesama jantina. Apa yang kita faham ia berlaku pada
sebelah pihak sahaja kerana sebelah pihak lagi tidak tahu rakannya itu
mencintainya. Walaupun masing-masing ada perasaan, tetapi ragu-ragu mahu
meluahkan. Masing-masing takut sekiranya cinta itu bertepuk sebelah tangan. Ok,
sapa pernah mengalaminya situasi nie.. Adey nak tanya korang pernah tak korang
mencintai sahabat sendiri tapi takut cinta korang di tolak, takut hubungan
persahabatan korang terjejas. Adey sendiri pernah mengalami situasi sebegini.
Adey suka dengan sahabat adey sendiri..adey tak pernah bagi tahu dia yang adey
suka kat dia.. Akhirnya adey syok sendiri..(hahaha) sebab kenapa adey syok
sendiri, sebab dia suda ada girlfriend hehehe.. baru padan muka adey suka
dengan boyfriend orang.. (hehehe). Adey juga pernah mengalami dimana situasi
sahabat adey suka dengan adey, bukan adey yang suka dengan dia. Tetapi sahabat
adey tu meminati adey secara diam. Walaupun adey terasa sesuatu yang lain,
tetapi adey segaja berpura-pura tidak perasan walaupun dia menunjukan
tanda-tanda dia suka kat adey. Tapi dia sampaikan dengan kawan adey perempuan
yang dia suka kat adey, tau apa adey buat apabila adey tahu dia suka kat adey?
Adey cabut lari, terus tak nanpak batang hidung..hahaha panjang ceritanya kalau nak diceritakan, kalau diingat lucu
pula.. hihi.. Adey ada teman tapi mesra, bila putus berpura-pura tidak ada
apa-apa yang berlaku dan macam-macamlah. Nasihat adey jangan lah main-main
cinta-cinta ni kalau xbersedia lagi.. nanti macam adey sampai sekarang tak da
yang berani dekat kat adey,,ada pun tak berpanjangan, sebab adey yang jahat
sangat.. ehmm
Kalau
nak try juga bab cinta-cinta nie, try lah. tapi ingat ia memerlukan keberanian
iaitu keberanian untuk berterus terang, ingat setiap tindakan yang diambil ada
risikonya. Sejauh mana kita berani menanggung risikonya, sejauh itu kita dapat
menjangkahkan kejayaan ataupun kegagalan dalam perhubungan. Kalau ada peluang
untuk terus terang, terus teranglah jangan sampai disambar orang lain, ini
berkait rapat dengan merebut peluang, kalau tak juga rebut peluang putih
matalah ceritanya.. ini hanya memerlukan keberanian. Dengan sikap berterus
terang inilah juga kita dapat mencari jodoh yang baik. Jadi sekiranya kita
menyukai seseorang, lebih wajar kita berterus terang, risiko tu memang ada,
tetapi ini berbaloi berbanding kita syok sendiri. (a! terasa..hihi).. syok
sendiri ni bahaya tau..
Lain
cerita pula dengan orang yang tidak berani menanggung mengambil risiko
berterus-terang yang akan mengakhiri sebuah persahabatan, tunggu sahajalah.
Biasanya bila kita menunggu akan menyebabkan hidup kita tidak temteram. Contoh,
kita tunggu kawan kita bersiap (bagi perempuan er) tak duduk diam, membebel
sorang-sorang apa tak lagi tunggu orang yang belum pasti nak ikut dengan kita.
Sedangkan kita sudah mengetahui puncanya, cuma kita yang kurang keberanian
untuk menyelesaikannya. Biarkanlah
persahabatan kita terjejas dengan
tindakan kita berterus-terang. Sekurang-kurangnya kita dan dia sama-sama tahu
puncanya berbanding memendam perasaan sorang-sorang sehingga akhirnya menjejaskan
persahabatan. Lagi kesihan yang tidak tahu puncanya tetapi persahabatan
tiba-tiba terjejas dengan sikap kita yang dingin yang mungkin kerana cemburu,
terasa hati dan sebagainya.
Apapun
sebelum melakukan sebarang tindakan fikirlah baik dan buruknya
sedalam-dalamnya. Mohon pertolongan Allah SWT dengan melakukan solat
Istikharah. Berdoa agar Allah SWT. menunjukkan jalan terbaik bagi menyelesaikan
masalah sebegini. In Shaa Allah. Ingat yang terbaik buat kita sama ada yang
terbaik itu bermaksud berterus terang ataupun terus memendam perasaan.
Wallahualam..
Comments
Post a Comment