Muzik

surat ini.. untuk awak

Assalamualaikum...
Kehadapan Diha, mawar yang dirahmati Allah


Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat  benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis. Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.


Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.


Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat juga. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat kelas macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik? Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati. 


Awak memang wanita hebat, memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka. Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la.


Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak hebat dalam bab agama ni. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


 
Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah

Taufiq Iskandar..

****************************

****************************


Ya Allah! Dengan rahmat-Mu kami mengharap agar Engkau tidak membiarkan kami
 sekejap mata pun. Perbaikilah semua urusan kami dan tunjukilah kami jalan yang lurus.
Ya Allah! Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, yang suka mengampuni,
maka ampunilah kami. Ya Allah! kami memohon kepada-Mu ampunan di dunia dan akhirat.

Ya Allah! Terimalah taubat, ketaatan, dan kembalinya kami kepada-Mu
dengan tunduk, istighfar, bertaubat, pasrah, berharap, dan bertawasul. Masukkanlah
kami ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh, wali-wali-Mu yang soleh, 
ahli orang berilmu yang mengamalkan dan sebagai hamba-hamba-Mu yang beriman dan patuh pada ajaran Islam.

Jadikan kami dan keluarga kami sebagai orang yang berserah diri kepada-Mu. 
Perbaikilah diri dan keluarga kami. Masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu dan jadikanlah
kami termasuk penghuni syurga-Mu. Kami serahkan urusan kami kepada-Mu dan kami bertawakal kepada-Mu, kerana tidak akan rugi orang yang bertawakal kepada Allah, Rabb semesta alam..

Amiinn..







Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"