Muzik

" Menadah tangan ke hadrat Ilahi " ..

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..
       Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya...

     Ya Allah...  Tuhan yang memperjalankan awan, mengurniakan angin dan memutarkan bumi.. Engkau merajai segalah yang wujud di alam maya ini. Aku tunduk dan patuh pada segalah takdir-mu, ya Allah sesungguhnya bicaraku dalam sepi malam ini adalah bukti bahawa aku menyakini bahawa setiap ratapan Hamba-Mu didengari. Aku teramat yakin bahawa Engkau Maha mendengar dan Maha mengetahui apa tersisip di dalam perdu nubari seorang manusia..

     Atas dasar diri ku ini seorang hamba yang berhajatkan kepada pencipta, Maka aku memohon pada-Mu, ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan kebahagiaan padaku. Aku mohon kebahagiaan itu hadir khususnya dari seseorang lelaki yang bergelar suami. Adakah lelaki itu Khairul? sesungguhnya aku tidak cenderung kepada sesiapa pun. Adakah aku ini wanita sombong? ya Allah... aku tidak mengerti kenapa jiwaku begini..

    Ya Allah aku hanya wanita biasa.. Ketika tirai hatiku diketuk oleh seiras wajah lelaki yang bernama Taufiq, saat itu pintu hatiku mudah sahaja goyah, lantaran sewaktu itu aku dilanda musibah, dihurung susah, dirempuh walah, dan lelaki itu hadir memberi kekuatan yang tersembunyi. Sesungguhnya, lelaki itu tidak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan itu juga adalah kekuatan-Mu.

    Ya Allah, aku tidak mencari lelaki yang mahu memberikan kepadaku kemewahan dunia. Aku tidak mencari lelaki kacak yang dipuja wajahnya oleh ramai wanita. aku mahukan seorang lelaki yang ikhlas untuk menjadi suami, punya hati kudus untuk mendidik di bawah syariat-Mu. Dia juga amat teguh hati dalam melaksanakan perintah-Mu. Itulah lelaki yang aku mahukan..

     Ya Allah, aku umat akhir zaman, aku berdiri di bawah langit yang penuh kekabutan nafsu, di bawah taufan hegemori kebendahaan yang kian bermaharajalela, aku merayu agar Engkau selamatkan aku dari ancaman syaitan durjana. Pandulah aku ke syurga-Mu yang teramat mahal. Pimpinlah aku dengan rahmat-Mu dalam kehidupan yang penuh dengan fitrah akhir zaman ini agar aku selamat sampai ke pintu syurga al-firdaus.  Begitulah juga dengan suamiku... Aku mahukan suami yang takutkan neraka-Mu, cintakan syurga-Mu, dan mahu membawahku menuju keabadian firdausi.

    Ya Allah... Engkau mampu memberi kekayaan berjuta-juta kepada manusia yang ingkar, Engkau mampu berikan kenikmatan berlimpah-limpah kepada manusia yang melawan-Mu, apatah lagi untuk ku selaku insan yang lemah dengan takut kepada kekukuasaan-Mu. Sudah tentu Engkau mampu memperkenankan doaku ini. Kerana aku yakin doaku ini tidak akan menyusahkan-Mu walau sedikitpun. Kerana Engkau Maha kaya lagi Maha Agung.

    Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarganya.
Dan segala puji bagi Tuhan Rabbulalamin...


Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"