Senyum pada kejahatan orang
sebagai gambar hiasan
A : mereka selalu memburuk-burukkan saya..
B : pelbagai tuduhan palsu dilemparkan kepada saya..
C : saya telah menjadi agenda bagi mereka yang sakit hati
dengan saya.
sekiranya anda menghadapi dengan situasi sedemikian,
bentengi diri dengan peribadi mulia yang akan membuatkan anda sentiasa
dihormati. Jika tidak di hormati, orang demikianlah yang kurang mulia.
berpeganglah pada pendirian ini, insyaAllah anda akan selamat. Usah peduli
dengan kata-kata nista itu. sebaik mana pun anda, perkataan buruk pasti kita
akan terima sama ada disedari ataupun tidak. begitulah lumrah kehidupan. Tiada
insan yang bebas daripada diperkatakan berkemungkinan ia sesuatu yang baik atau
buruk.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
"seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah dalam
sejumaat (seminggu) dua kali iaitu pada hari isnin dan khamis. Maka diampuni
Allah akan dosa setiap HambaNya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka
diperkatakan,"Tinggalkanlah kedua orang ini sehingga mereka
berdamai." -HR Muslim
Usah terlalu pedulikan dengan keburukan yang disebarkan
orang. itu semestinya tidak benar. Jika ada yang benar sekalipun, itu adalah
sejarah silam yang saudara telah lupakan. sebahagian dari kita memang suka
mencungkil keburukan insan lain berbanding kebaikan. Misalnya, apabila seekor
anjing menggigit seorang lelaki, ia bukanlah cerita yang sensasi. tetapi
apabila seorang lelaki menggigit seekor anjing, inilah berita yang menjadi
rebutan pihak akhbar untuk menyiarkannya.
mengapa hairan dengan sikap manusia yang suka cerita
buruk tentang orang lain? sememangnya mutakhir ini, 'wartawan' tanpa tauliah
dan gaji ada di mana-mana sahaja. Tertawalah dengan kejahatan yang mereka
lakukan kerana mereka sebenarnya sedang dibayar oleh dosa-dosa sendiri.
Mengapa orang berbuat jahat terhadap anda? mereka ingin
melihat anda sedih, menangis, marah, mengamuk dan menunjukkan sikap yang tidak
baik. dengan itu, mereka ada sebab untuk ketawa. itulah temasnya bagi si buruk
hati. tetapi seandainya anda boleh senyum sekalipun tidak ketawa, anda telah
menyebabkan mereka jatuh terjelepuk. Mereka akan susah hati dan berasa payah
sekali. Nah, mengapa hendak menangis dek perlakuan jahat manusia? sebaliknya
bertenang dan tetawalah. anda telah mengembalikan kesakitan kepada mereka.
Benteng pertahanan diri kita adalah percaya pada diri
sendiri. anda mestilah percaya yang diri anda tidak sejahat yang di sangka dan
sememangnya anda tidak jahat. Itulah benteng yang terbaik sebagai pengubat
hati. Apabila Allah SWT diletakkan pada tingkat paling atas dalam kehidupan
paling atas dalam kehidupan, tidak apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan
lagi.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia
antara iman dan dengki."
-HR Ibnu Habban
& Al-Baihaqi
Wujudnya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu
masih belum sempurna. malah, dengki merupakan sifat yang diwarsi daripada
syaitan. disebabkan dengkilah syaitan menggoda Nabi Adam sehingga terkeluar
dari syurga. juga kerana dengki terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan
Habil.
seorang pujangga Arab pernah berkata, " orang hasad
tidak akan tsenang hidupnya, orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat di
jadikan kawan, orang yang selalu jemu dan tiada kemanusiaan bagi pendusta.
Tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang
tidak berakhlak. Dengki yang diharuskan dalam islam hanyalah dengki yang
menjadikan manusia berlumba-lumba menuntut ilmu atau beribadat.( sumber: JAKIM)
Dalam hidup ini, usahlah menjangka semua orang menyukai
anda. Ramai juga yang tidak menyukai tanpa ada sebab yang munasabah. Bahkan
kadang-kadang anda tidak kenal pun mereka, tetapi mereka sangat membenci dan
dengki terhadap anda. Mengapa?
Islam mengajar umatnya supaya banyakan bersabar dalam
semua keadaan sama ada ketika senang ataupu susah. sabar merupakan pengukur
darjat keimanan seseorang muslim. Islam juga turut melatih kita supaya tidak
membalas keburukan orang, sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka.
Mudah-mudahan dengan itu hati mereka akan menjadi lembut dan baik. Allah SWT
sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam
tindakan yang diambil. setiap umat Islam juga wajib menjalinkan silaturrahim
dan haram memutuskannya. ( sumber:JAKIM)
Hidup memang terdapat pelbagai dugaan Allah SWT. usah
disebabkan ketidakadilan yang terpaksa anda hadapi. ia sentiasa baik jika anda
mengetahui hikmah sabar yang DIA sediakan untuk anda kelak. jangan melawan
setiap serangan kerana sebenarnya itulah yang musuh anda kehendaki. semakin
anda melawan semakin anda 'ditelanjangi'. Pasti perkara yang tidak baik akan
muncul dan ini boleh menyusutkan lagi keadaan. anda juga yang akan berasa sakit
nanti.
daripada Anas katanya yang bermaksud:
" Aku berjalan bersama-sama Rasulullah. baginda memakai selendang kasar
tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab Badwi lalu
direntapkan selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat
kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu kemudian orang Arab itu
berkata, " Wahai Muhammad, perintahkanlah supaya diberikan kepadaku
daripada harta Allah apa yang ada pada kamu," Maka Rasulullah berpaling
kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan
sedekah kepadanya. " -HR Bukhari & Muslim
terbaik adalah tersenyum dan ketawalah! kedua-duanya akan
memadam sendiri semua kesulitan yang dihadapi. sebagaimana Rasulullah SAW
tersenyum dengan perbuatan Arab Badwi. Dalam melayari kehidupan pasti ada masa kita tidak dihargai, malah umpama
dihina. selain itu, ada ketikanya kita, akan dipuji melangit sama pujian itu
jujur atau tidak, kita tidak mengetahuinya. Apa yang jelas, seseorang itu
memuji kita tanpa diketahui puncanya.
Dua situasi sama ada dihina atau dipuji, bagaimana
rasanya? sudah tentu rasa yang jauh berbeza.anggaplah semua penghinaan sebagai
pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan. Bagaimana kita dapat
menganggap penghinaan sebagai pujian? Percaya atau tidak, orang yang menghina sebenarnya
didorong oleh rasa cemburu. Mungkin cemburu melihat kekacakan, kebaikan atau
kepintaran kita. Jika, individu tersebut sengaja menghina kita dengan
melemparkan kata-kata dusta misalnya, "Eleh, cantik manalah. Muka macam
lootong."
Bukankah kita dapat membuat perbandingan di antara
lontong dengan manusia? Kata-kata melampau itu merupakan perbandingan yang
bermaksud sebaliknya. Maka disebaliknya itulah yang benar iaitu muka muka
cantik bukan seperti lontong.
Seandainya ada yang berkata begini pula terhadap kita,
"Dia tu tunjuk baik. Konon dialah yang banyak duit boleh buat kenduri
selalu." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan kita yang dia
sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yang diperkatakan sebenarnya
tersimpan baik di sebaliknya. Maksud yang tersirat itulah yang diterima orang.
Nanpaknya kita boleh mengubah kata-kata negetif orang
terhadap kita kepada sesuatu yang seronok untuk dijadikan bahan ketawa?
lebih-lebih lagi jika kita tekah ada segala-galanya tetapi orang nasih 'berbunyi'
tanpa henti. Sebenarnya itulah pengiktirafan bahawa kita memang telah sampai ke
tahap yang orang lain sukar menandingi dan menggugat kita lagi.
Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu
caranya. Yang penting usaha tersebut ambil pusing. Usaha terlalu mengulang
kata-kata orang dalam kepala kita, kelak jadi sakit pula. Sebaliknya sebutlah
apa yang kita ingin lakukan dan fikirlah apa yang mahu kita usahakan esok hari.
Kelak akan didapati semakin ramai yang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap
kita,semakin banyak pula yang penghasilan kita.
Jika kita melawan pun hanya membuang masa yang akhirnya
membuatkan kita 'mati'. kita hanya penat melawan dan tidak dapat menghasilkan
apa-apa tetapi yang jelas dosa kian bertambah.
Daripada Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad Saw pernah
bersabda yang bermaksud:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah
mereka yang paling baik akhlaknya..." -HR bukhari & Muslim.
Tidak melawan bukan bermakna kita kalah atau semua yang
diperkatakan adalah benar. orang yang bijak serta menilai akan tetap mengagumi,
menghargai dan mendoakan kesejahteraan kita. Hakikat di dunia ini, lebih ramai
lagi yang menyukai daripada membenci kita. Yang membenci sekitar 10%. mengapa
disebabkan 10% ini kita hendak berhenti daripada memajukan diri mendaki puncak
kejayaan yang telah diusahakan sekian lama?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar di atas
penyeksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur
dengan manusia dan tidak bersabar di atas penyeksaan."-HR Ahmad
Beberapa huraian mengenai hadis tersebut:
1.Menjadi fitrah kita untuk menyukai akhlak yang mulia.
Oleh itu, seharusnya setiap individu menjadikan diri sendiri seumpama bunga
yang menyenangkan hati semua yang melihat. Biarpun diketahui bahawa lain orang,
lain sifat dan berbeza-beza perangai.
2.Pandai mengambil hati orang lain meskipun emosi sendiri
terpaksa dikorbankan. Perkara sebengini menjadi lumrah dalam kehidupan
bermasyarakat. Jika setiap orang mempraktikkannya, nescaya tidak akan wujud
jurang atau permusuhan di antara satu sama lain. Bahkan kehidupan
bermaksyarakat akan semangkin teguh dengan adanya sikap saling
hormat-menghormati, merendah diri dan berkasih sayang.
3.Orang yang sentiasa bersabar dan tabah menghadapi
kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya lebih mulia disisi ALLAH SWT berbanding
orang yang memencilkan diri daripada masyarakat. Ini disebabkan yang sabar
tidak mementingkan diri sendiri, tetapi sanggup berkorban demi menjamin
keamanan dan keharmonian yang diidamkan. sebagaimana kita tidak mahu menjadi
kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita. Juga
umpama kita mahu disayangi. Oleh itu, kehidupan bermasyarakat memerlukan
pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.(Sumber: JAKIM)
Biarpun kita
benar-benar bersalah, hanya keadilan ALLAH SWT sahaja yang berhak
menentukannya. Sabarlah menanti pengadilan itu. seandainya kita di pihak yang
benar, diri kita pasti terbela jua. Tiada pembelaan yang paling bermakna
kecuali pembelaan daripada-Nya.
**************************************************************************
KOMPLIKASI JIWA MUSLIM
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Comments
Post a Comment