Demi Kehidupan
Dugaan dan ujian tidak perna terlepas dari manusia, krususnya wanita. Bentuk ujian atau dugaan selalunya berbeza-beza bergantung kepada tahap keupayaan seseorang. Sesungguhnya Allah SWT itu Bijaksana dan Maha Mengetahui. Pengetahuaan manusia sangat terbatas untuk mengukur keupayaan seseorang. Hatta diri sendiri. Mampukah kita mengukur keupayaan diri? Tepuk dada tanya iman. Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai agenda yang mencabar penuh dugaan, serta ujian Allah SWT. Sesungguhnya segala ujian bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seorang hamba, maka segala ujian daripada-Nya itu adalah sebagai penghampus dosa yang mengantikan hukuman di akhirat kelak. Insya-Allah. Ada waktunya, kita cukup kuat dan kental jiwa untuk menumpuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup ...