Membina Keyakinan Diri
i. Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah. ii. Sentiasa percaya pada diri. Katakana ada boleh. Semua ini tidak keterlaluan memandangkan anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan allah. Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (surah al-Tin 95:4) iii. Jangan takut dan teragak-agak melakukan yang positif dan baik. Sentiasa bersedia dan mencuba sesuatu yang baru atau yang anda belum tahu atau belum mahir melakukannya. iv. Berhenti memandingkan diri dengan orang lain. Ini adalah satu tindankan yang tidak adil te...