Menjadi Ahli Politik yang Baik.
Assalamualaikum sahabat semua..
Saya suka dengan artikel ni.. “ Menjadi Ahli Politik yang
Baik” . kita kena tahu juga tentang Negara kita taklah kita ketinggalan, semua
dah atas bukit kita baru kat kaki bukit.. lebih-lebih lagi Negara kita sekarang
tidak seberapa stabil. Ops! Bukan pasal politik er.. hehehe.. Isu semasa kena ambil tahu juga .. ni yang
saya nak kongsi ni motivasi sikit je..
Saya nak kongsi sikit dari penulisan Muhammad Jihad , (
Majalah Solusi ) mari kita baca sama-sama apa beliau katakan dalam
penulisannya.. In Shaa Allah bermanfaat untuk kita yang ingin menjadi Ahli
politik..
Bagaimana menjadi ahli politik yang
baik? Niat semata-mata tidak akan menjamin seseorang menjadi ahli politik yang
baik. Langkah susulan adalah dengan melaksanakan niat dengan baik. “Baik” di
sini bermaksud mematuhi syariat Allah. Maksudnya mesti memilih jalan yang halal
dalam melaksanakan urusan politik.
Niat
yang baik tidak menghalalkan sebarang cara. Niat yang baik mestilah dilaksanakna
dengan cara yang baik. Jangan sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang haram, mungkar dan dosa dalam
melaksanakan cita-cita politik. Jangan kerana tamak akan kuasa, kita melayan
apa yang disukai oleh majority manusia walaupun terlihat dengan dosa!
Perbuatan
mencaci, menghina dan memperkecil-kecilkan musuh politik tidak wajar dilakukan
dengan mengetepikan adab-adab Islam. Utamakan usaha memberi penerangan dan
penjelasan tentang matlamat atau apa-apa yang hendak diperjuangkan berbanding mencaci lawan. Mengkritik, menegur
malah menyalahkan pihak lain boleh dilakukan, tetapi hendaklah dalam
batas-batas syariat dan akhlak Islamiah.
Baik
sesame rakan separti atau dengan orang yang berbeza paeti, kita seharusnya
menjaga hati agar tidak dibolosi oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad
dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain. Untuk mendapat kuasa tidak salah,
tetapi tempuhilah jalan yang benar yakni dengan bekerja keras memenuhi amanah
Allah dan masyarakat, bukan dengan cara menyogok, mengencam dan menipu. Ingat
selalu, kuasa bukan matlamat tetapi Cuma alat.
Untuk
itu, ahli politik Islam mesti mendalami ilmu-ilmu tentang pengurusan,
pentadbiran dan perhubungan, mengusai cara berfikir yang tajam dan cepat
berucap dengan berkesan agar mesej
politik dapat difahami dengan baik. Mereka juga perlu banyak membaca, bergaul
dan mendengar untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran memimpin.
Ahli
politik Muslim mesti mendalami ilmu agama, psikologi, ekonomi, pendidikan,
social dan lain-lain selaras dengan amanah yang dipikul. Kebolehan menjadi
pendengar yang baik, empati dan peka dengan apa yang di suarakan atau apa yang
tidak disuarakan oleh rakyat iaitu kemahiran tertinggi untuk melonjakkan karier
politik secara terpuji.
Paling
penting, sentiasalah mengutamakan Isalam dan rakyat berbanding kepentingan diri
dan parti. Jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat, duduklah bersama rakyat serta
dengarlah suara hati mereka. Jangan jadi wakil rakyat yng jarang bersama-sama
rakyat. Sabar, berkorban, prihatin, empati, pemaaf dan pemurah ialah
sifat-sifat yang perlu ada jika anda ingin menjadi ahli politik yang baik.
Paling
penting jagalah solat. Jika kita mengabaikan solat kita tetap “Jahat” di sisi
Allah walaupun segunung kebaikan kita berikan kepada manusia. Ia tidak boleh
diabaikan walaupun sesibuk manapun urusan politik anda. Jangan pula mesyuarat
menyebabkan anda luput waktu solat.
Hendaklah
diingat, ibadah asas inilah yang akan memberi kekuatan jiwa, kelapangan fikiran
dan ketenangan perasaan untuk anda menjalankan urusan politik dengan lebih
afektif, produktif dan kreatif lagi. Ingatlah, sesiapa yang menjaga hubungannya
dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia.
Gunakan
kuasa selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya. Allah Allah berikan kuasa
dengan tujuan berbakti kepada manusia, maka berbaktilah, bukan menyombong diri.
Janji menabur bakti kepada manusia bergantung kepada sejauh mana kita
menunaikan janji kepada Allah. Apabila Allah didahulukan, barulah rakyat
diutamakan. Tunaikan janji kita dengan Allah, In Shaa Allah Dia akan membantu
kita menunaikan janji kita sesame manusia!
Allahmdulillah… semoga kita dalam kalangan ahli politik yang
berakhlak mulia.. In shaa Allah aminn..
Comments
Post a Comment