Muzik

Sanah Helwah ( Selamat Hari Lahir Buat Diriku yang ke-23)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Allah...Kurniakanlah aku ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada insan-insan disekelilingku.

Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.
************* 
Salam ulang tahun ke-23, buat diriku.

Terima kasih kepada mak dan ayah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan, saudara mara, dan guru dan pensyarah-pensyarah saya yang ingat dan sudi memberi ucapan hari lahir buat saya. Alahai, terharu saya. Ada yang sanggup bersengkang mata semata-mata ingin mengucapkan selamat hari lahir tepat pada jam 12 tengah malam. Ada juga yang membuat ucapan berkali-kali. Bukan itu sahaja, ada juga yang sudi menelefon saya, ada juga yang sudi menyanyi dan menghantar video buat saya. TERIMA KASIH saya ucapkan. Saya sungguh gembira dan terharu. Terasa senang di hati kerana merasakan diri ini masih diingati..

 terima kasih juga kepada adik tihah,pika,kak as' , kak madi, ida, fatin, aisya, munira.. sudi lemparkan telur dan tepung kat muka akak.. hehehe.. pandai korang ya..togo kita mandi dua kali..  ini rupanya kerja korang..  ingatkan apa tadi .. hehe.. trima ksih korang.. kita kena marah da oleh akak senior kita..

terima kasih ^^ 

 

Comments

  1. sanah helwah ..
    selamat hari lahir adettra..
    semoga Allah murahkan rezeki dan dirahmati Allah..
    aminn.. in Shaa Allah.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"