Muzik dan Persembahan Kanak-Kanak
Terdapat pelbagai jenis lagu, namun begitu bagi guru-guru, ibu bapa atau
penjaga yang mahu menggunakan muzik dalam aktiviti kanak-kanak, mereka
perlu bijak memilih jenis lagu dan muzik yang bersesuaian dengan
kanak-kanak bagi memastikan aspek perkembangan kanak-kanak dari sudut
bahasa, intelek, kreativiti, psikomotor dan afektif berkembang dengan
baik.
Jenis-jenis lagu
Terdapat pelbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu
tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu
serantau.
Permainan Jari
Lagu berbentuk permainan jari ini sesuai dijalankan oleh kanak-kanak
kecil kerana ianya melibatkan pergerakan jari dekat dengan paras mata
kanak-kanak. Contoh lagu, 'Satu Labah-Labah'.
Lagu Beraksi
Lagu beraksi memerlukan kanak-kanak melakukan aksi sambil menyanyi.
Pergerakannya lebih mudah mengikut senikata dan lirik lagu. Contoh lagu,
'I'm A Little Teapot'.
Lagu Tradisional
Lagu tradisional sering menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai sesuatu
bangsa dan negara. Lagu-lagu sebegini banyak menyelitkan unsur-unsur
nasihat, jenaka dan nilai-nilai yang baik kepada kanak-kanak. Contoh
lagu, 'Ikan Kekek'.
Lagu Permainan
Lagu berbentuk permainan melibatkan aktiviti pergerakan dan permainan.
Kanak-kanak sangat menyukai lagu permainan kerana ia lebih
menyeronokkan. Contoh lagu, 'Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga'.
Lagu Berunsur Nasihat dan Ucapan
Lagu-lagu ini mengandungi penerapan nilai-nilai murni dan berunsur
nasihat. Liriknya banyak mengandungi nasihat yang boleh dijadikan
panduan oleh kanak-kanak. Contoh lagu, 'Lompat Si Katak Lompat'.
Lagu Serantau
Lagu jenis ini menyelitkan unsur kebudayaan sesuatu kaum atau mengikut
daerah sesuatu negeri atau negara. Ianya sering dinyanyikan mengikut
loghat atau dialek sesuatu kawasan. Contoh lagu, 'Jambatan Tamparuli'.
SELAMAT MENCUBA
*****************
All Praise is to Allah..
wahhh... perfect .. bole d guna pakai..
ReplyDelete