Posts

Showing posts from March, 2015

Muzik

Doa tuk Mak dan Ayah

  -DOA UNTUK MAK AYAH-   Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka   Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.   Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.   Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami se
Image
Ya Allah Ya Tuhan ku, Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah. Ya Allah Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus , Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka. Bukannya jalan orang yang Engkau murka dan bukan pula orang-orang yang sesat. Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti. Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,

Sanah Helwah ( Selamat Hari Lahir Buat Diriku yang ke-23)

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih. Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah
Image
 Assalamualaikum sahabat-sahabat semua ^^  alhamdulillah assigment da selesai.. subjek teknologi untuk kanak2.. kitaorang kena wat assigment individu untuk mencipta satu akaun sendiri di laman wab.blogspot.com . Blog tersebut kena hias dengan krativiti sendiri dan masukkan sekurang2nya 10 pos mengenai pembelajaran untuk kanak-kanak dan kena persembahkan blogspot tersebut.. memandangkan saya da ada blogspot ni.. saya guna ni sajala.. hehe kan senang kerjaku.. lagi satu nama saya bermula dari huruf "A" Adettra org yang pertama kena present.Alhamdulillah (hehehe).. baru sahaja semalam present, sekarang ada lagi xselesai present.. cian ada xsiap lagi.. takpe2.. teruskan kerja2 korang ya.. semoga berjaya kawan.. ^^ ..

Alif Ba Taa ( Sukatan P&P)

Image
Assalamualaikum semua .. Subjek Agama Islam adalah subjek yang wajib..dan ini adalah contoh video yang sesuai untuk Pengajaran dan Bembelajaran (P&P) untuk kanak-kanak .. Sebelum kita memulakan P&P. Cikgu-cikgu haruslah mengambil peranan bagaimana cara pembelajaran yang hendak kita sampaikan kepada mereka, agar kanak-kanak mudah faham dan cepat mengingat huruf-huruf jawi. Oleh itu, cikgu harus terangkan step by step yang hendak disampaikan kepada kanak-kanak. Semoga yang kita ajarkan kepada mereka membawa berkat..Inshaa Allah.. Selamat Mencuba.. *********************************************************

Angka 1 hingga 10

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seterusnya kita belajar  mengira nombor 1 hingga 10 ... ini juga antara video yang sesuai untuk kegunaan cikgu-cikgu.. selamat mencuba ^^ .. setelah kita nyanyi , kita membilang angka lagi .. terima kasih ^^ ************************************************ Ya Rabb, Andai ini malam terakhirku, Matikan aku dalam iman, Ampun segala dosa, Terima segala amalan, Pelihara aku dari azab neraka. :')

Menyanyi sambil kenal huruf "ABC"

Image
Assalamualaikum semua and salam sejahtera.. Jomm nyanyi sambil belajar ABC. Cara ini sesuai di gunakan dalam proses P&P di dalam kelas. Murid-murid sangat suka kalau disuruh menyanyi ABC nie, kadang-kadang tak perlu di ajar dah nyanyi.. Cikgu boleh mendownload dengan menggunakan youtube downloader. Jika cikgu tiada software youtube downloader boleh lah download dengan menggunakan link di bawah.Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka. Membaca yuk.. da nyanyi kita membaca lagi.. hehe Terima kasih ^^ ******************** Surah 17,Ayat 32 "Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk"

Muzik dan Persembahan Kanak-Kanak

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.   Kanak-kanak sangat suka menggunakan alat muzik. Malahan kanak-kanak yang kreatif sering menggunakan alatan persekitaran mereka sebagai alatan muzik. Kanak-kanak menterjemahkan rasa sedih dan kegembiraan mereka melalui muzik yang dimainkan. Alatan muzik yang boleh dimainkan kanak-kanak adalah seperti alat perkusi seperti rattle, genderang, tamborin dan alat muzik berpic seperti piano dan rekorder. Terdapat pelbagai jenis lagu, namun begitu bagi guru-guru, ibu bapa atau penjaga yang mahu menggunakan muzik dalam aktiviti kanak-kanak, mereka perlu bijak memilih jenis lagu dan muzik yang bersesuaian dengan kanak-kanak bagi memastikan aspek perkembangan kanak-kanak dari sudut bahasa, intelek, kreativiti, psikomotor dan afektif berkembang dengan baik. Jenis-jenis lagu Terdapat pelbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapa

Doa Harian Untuk Kanak-Kanak ~~

Image
  Aplikasi ini merupakan koleksi dari doa-doa harian yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak. Selain dilengkapi dengan gambar yang menarik ia juga menggunakan tulisan Berbahasa Arab dilengkapi dengan Tulisan Rumi untuk lebih menarik dan mudah di baca. berikut adalah doa yang sesuai:   Selamat mengamalkan adik-adik ^_^ **********************************

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"