Posts

Showing posts from 2015

Muzik

SEBAIK_BAIK SEDEKAH

Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?   1.       Sedekah yang diberikan secara sembunyi- sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang tangan kanan berikan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al_Baqarah ayat 271 yang bermaksud: “kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.” 2.       Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak   sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: “sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu berkata, “ini untuk si polan dan

Membina Keyakinan Diri

        i.        Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.       ii.          Sentiasa percaya pada diri. Katakana ada boleh. Semua ini tidak keterlaluan memandangkan anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan allah. Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (surah al-Tin 95:4)     iii.          Jangan takut dan teragak-agak melakukan yang positif dan baik. Sentiasa bersedia dan mencuba sesuatu yang baru atau yang anda belum tahu atau belum mahir melakukannya.     iv.           Berhenti memandingkan diri dengan orang lain. Ini adalah satu tindankan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaiknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih baik dari sehari ke sehari.       v.           Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada.     vi.           Pastikan anda be

INILAH PETANDA MUNAFIK

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya : “sombong adalah menolak kebenaran dan memandang hina orang lain.”(Riwayat Muslim) Imam Muslim meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. melihat seseorang makan dengan tangan kirinya. Lalu, Baginda menasihatinya yang bermaksud: “ Makanlah dengan tangan kanan.” Dengan angkuhnya, orang tersebut menjawab: “aku tidak boleh makan dengan tangan kanan!” Mendengar jawapan angkuh itu, Rasulullah hanya bersabda: “ Engkau tidak boleh.” Setelah itu, tangan orang itu tidak boleh lagi dapat digunakan untuk mengangkat suapan ke mulutnya. Itulah tandah kesombongan dan salah satu sifat munafik. Berat menerima nasihat petanda kejahilan diri. Semakin jahil seseorang, semakin dia merasakan tidak memerlukan nasihat. Lebih jahil daripada itu, orang tersebut selalu menasihati nasihat sebagai celaan. Apa pula mendengar nasihat, orang seperti ini berasa diri mereka dihina. Mereka bukan hanya enggan menerima nasihat itu, malah sengaj

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"