kisah pedoman
Kisah Pedoman
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari
raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat
sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di
tanganmu?”
Lalu gadis malang inipun
menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya
aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku
itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”
Rasulullah
mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa
ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta
diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu
hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis
itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya
ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari
membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika
hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya
hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu
aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari
telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan
dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu
sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya.
Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah
SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah
pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh
kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika
itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah
sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah
kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu
menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya
tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas
berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir
dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. Insya Allah”.
WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA HAMBA
Comments
Post a Comment