Muzik

Tangisan Syahdu


Semilir angin lembut menghembut mengelus-elus pipi gebu itu, sambil rambutnya turut sama bergerak mengikut hembusan angin. Hatinya bagaikan disentu oleh perasaan unik yang sekian lama di nantikannya. Anak matanya tak lepas-lepas memerhati rakan-rakan yang sedang asik bermain bola tampar tanpa perasan terhadap sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka. Hatinya tiba-tiba digamit satu perasaan yang hiba. Angin sepoi-sepoi ini seakan membawa satu berita sedih dan cuba mengembalikannya kepada kenangan lalu yang telah lama di tinggalkan, sudah lama hatinya sepi dan air matanya bagaikan sudah kering untuk megalir. Sehingga kehari ini genablah enam tahun dia menjadi penghuni gubuk sepi ini iaitu asrama. Baginya inilah satu-satunya tempat terakhir baginya untuk melarikan diri dari kenyataan yang terlalu pahit.

Enam tahun lalu hidupnya sering diulit resah, sehingga kini kata-kata ibu masih segar dalam ingatan dan tak akan luput sampai bila-bila. “ Nadia, kita tak ada siapa-siapa lagi, kaulah sahaja satu-satunya tempat Mak bergantung harapan begitu juga dengan adik-adik mu jamil dan siti.” Kedengaran suara ibu menuturkan kata-kata yang baur nasihat, separuh tenaga ibu tidak ingin memperlihatkan kelemahannya dihadapan anak-anak apa lagi pada diriku yang merupakan tunggak harapan keluarga. Lantas ku pegang erat tangan ibu, ku kucup keningnya terasa hangat menyentu bibirku. Aku juga tidak mampu menahan air mata ini, maka berbaurlah perasaan sedih menyelubungi suasana petang itu.

 Ayah! Ah, aku benci mendengar nama itu, kerana dialah aku berada di asrama ini, yang bagi pendapat sesetengah orang adalah tempat insan-insan yang ketandusan kasih sayang daripada keluarga dan akulah salah satunya, adik-adikku telah diambil oleh ibu saudaraku, aku pun tak akan datang menuntut adik-adikku kembali selagi kejayaan bukan menjadi milikku. Aku juga mampunyai seorang sahabat. Kemana sahaja aku akan bersamanya. Segala masalah dikongsi bersama. Pada masa yang sama aku sering meletakkan kepala ku di atas bahunya sambil berangan-angan. “Dia, sanggubkah kau menjadi sahabatku dan berjanji tidak akan meninggalkan ku walau apapun yang berlaku”. Tuturnya sambil erat mengenggab tanganku. Aku terharu mendengar hikmat yang terkeluar dari bibirnya.
“Dia, jika suatu hari kita terpisah pandanglah kearah timur, taklah mentari melabuhkan tirainya. Ketika itulah rinduku bertemu hanya itulah sahaja yang menjadi penghubung antara kita. Terlalu indah kenangan itu, untuk dikuburkan dan aku tak mampu melupakannya”.  Sebah hati ini, mendengar ungkapan itu. “Mila, kenapa kata macam tu, aku takkan meninggalkan mu Mila, hanya ketentuan sahaja yang dapat pisahkan kita, tapi percayalah aku tak kan tinggalkan engkau seorang, lebih-lebih  sahabat ku yang comel ni”. Tangan yang di gengam erat-erat dilepaskan dan menerima cubitan yang nakal singgah di pipi yang putih melepak. . “Aduh! Sakit”. Suasana yang sepi bertukar dengan gelak ketawa gurauan. “terima kasih, Dia..”.  ucapan yang mampu di ungkapkan dan kembali bertukar dalam keadaan melayan perasaan masing-masing.

Dan satu petang yang damai, hatiku kembali berkaca apabila menerima sepucuk surat daripada sahabatku, tubuhku mengelontar. Sebak dadaku dan hanya air mata ini dapat menghurai segala-galanya, sampai hatimu, kenapa baru sekarang kau kabarkan tentang penyakit yang kau hidapi terasa alam ini gelab gelita tiada suda tempat untuk ku mengaduh dan menggantung harapan, hanya sekalung doa dapat aku sedekahkan buat mengiringi perjalananmu kealam barzakh moga rohmu tenang dalam persemadian, layarkanlah ingatanmu walaupun dimana jua. Teman  kenangan kita terjalin dahulu, susah dan senangan hadapi bersama, onak dan duri kita tempui demi mengapai cita yang murni, sungguh aku merindui mu, Ku pohon  Restu dari Mu Illahi dan kesejaterah Mu Ya Allah. Kenapa semuanya ini berlaku keatasku Ya Allah, setiap insan yang ku sayangi harus pergi meninggalkan ku, disaat aku masih memerlukan mereka. Ibu, Mila Nadia tidak tahu dengan siapa lagi harus menceritakan segalanya. Rupanya surat ini adalah surat terakhir yang di tulis buatku sebelum dia menghembuskan nafas terakhir maafkanku kerana tak berada di sisimu ketika itu.

“Nadia..” sayup-sayup kedengaran suara rakan sebilikku Aina menyapahku. “sudahlah tu, tak baik kau mengenangkan kisah yang lalu biarkanlah, kan kau perna berkata kisah yang pahit tak harus di simpan kerana dia akan menambahkan luka dihati.”  Lembut suara yang di lontarkan namun amat tajam menikam kalbu ku. “ kesatlah air matamu, jangan bersedih lagi nanti penyakitmu bertamba teruk.”  Tuturnya lembut membuatkan hati ku terasa sebak itu bertambah kuat sehingga menikam hati yang mula berfikir bukan-bukan mengenai yang belum berlaku seolah-olah akan berlaku. “sabarlah Nadia, banyakanlah bersabar dan berdoa.”  Sautnya lagi. “kenapa semuanya harus meninggalkan ku seorang diri.” Tubuh kecil ini tidak lagi bermaya.

Tiba-tiba pintu diketuk dan terpancul terbuka, “Nadia ada pelawat ingin berjumpa denganmu dibilik rehat, katanya penting?” muka ku tiba-tiba berubah, pelawat!? Satu perkataan yang ganjil ku rasakan, aku tidak perna sebarang pelawat apa lagi ahli keluarga ku sejak ibuku meninggal dunia. Namun perasaan ingin tahu ku melonjak-lonjak, sepanjang perjalanan itu hatiku keresahan sebaik sahaja daun pintu ku tolak kelihatan seguguk tubuh dan seraut wajah yang amat ku kenali. Aku jatuh terjelepuk lemah segala sendi gundiku. Kelu lidah ini tidak dapat menuturkan kata-kata hanya air mata peneman setia. Ya Allah, apa lagi dungaan ini ya Allah, kenapa hati ini merasakan sesuatu yang sangat tidak menenangkan. Air mata tidak habis-habis membasahi pipi.

“Ayah..” hanya itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari bibirku. Perkataan yang terlalu asing bagi ku dan aku membenci menyebutnya. “ Nadia, anak ayah, maafkan ayah atas segalahnya,” tutur ayah dalam linangan air mata. Mereka yang dari tadi menemani ku merasa binggung dan menjadi penonton setia sendiwara kami. Ya Allah dungaan apakah yang kau limpahkan keatasku, setelah sekian lama itu ku kubur bersama jasat ibu ku. Mengapa baru sekarang kau hadirkan dia dalam hidupku. Aku lemah Ya Allah, sungguh lemah, aku hamba kedil  menghadapi pencaturan hidup ini. Ayah cuba menghampiriku lantas kedua tangannya lembut menyentukan bahu ku, namun sepantas itu juga tangan ayah ku tepis. “Jangan sentuh Nadia, Nadia tak pernah ada ayah, mungkin pak cik silap orang, Nadia hanya ada seorang ibu tetapi telah lama pergi menemuiNya.” Terlalu kasar bahasa ku namun hati ku tetap memberontak. “ pak cik bukan Ayah Nadia.” Sekali lagi aku mengeluarkan kata yang tidak sedap didengar. “ Akulah Ayahmu Nadia, maafkan ayah kerana tidak pernah menjagamu sehingga nadia terlantar pegini. Ayah dah insaf dan ingin kembali menghabiskan sisa-sisa hidup bersama kamu maafkan Ayah Nadia.” Kata Ayah. Aku tidak dapat menahan rasa sedihku, lalu dengan segala kundrat yang ada, aku berlari sekuat hati dan tanpa di sedari aku telah tersungkur dan alamku seakan gelab.

Aku membuka mata perlahan-lahan mencari serauk wajah yang amat ku kasihi yang telah ku sakiti, hampa pandanganku tidak menemui sasaran. Air mata belinangan lagi. Ku lihat disampingku, kulihat kuteliti tempat yang aku diami kini, semuanya di kelilingi warna putih tahulah kini aku terlontar di hospital. Kini ku rasakan ada sesuatu mengenggab erat tanganku, ku cuba mengumpul perasaanku yang tiba-tiba baik. “ Ayah, maafkan Nadia, terima kasih kerana mendermakan buah pinggang kepada Nadia. Ayah, nadia tahu walaupun jasat Ayah telah bersemadi, namun semangat Ayah  tetap setia menemani.” Tuturku dalam sendu yang panjang. “terima kasih Ayah.” ku rasakan gengaman Ayah semakin pudar ku rasakan dan semakin ku mencari tubuh yang ku sayangi semangkin hilang pandangan ku terhadap Ayah. “Ayah,  jangan lepaskan genggaman itu, Nadia sakit…” panggil ku dalam keadaan tidak bermaya. “Ayah,Ayah…”

“Nadia..Nadia..bangun nak,” Aku tersentak dengan pangilan nama ku, kedengaran suara yang amat ku kenali iaitu mak saudaraku. “Alhamdulillah,Nadia sedar.” . Aku memerhati sekeliling, mengharap ada seguguk tubuh yang ku sayangi iaitu Ayah. “mana Ayah?” perkatan yang pertama terkeluar dari bibirku selama aku tidak seddarkan diri. Kerana hanya Ayah sahaja yang ku perlukan masa ini. Setelah sahaja aku menyahut nama Ayah, semua terdiam memandangku dengan perasaan tidak hirau dengan pertanyaanku. Satu suara membuatkan aku sebak mendengarnya, iaitu tangisan suara yang hanya aku dengar dari pertanyaanku. “mana Ayah?” ku ulangi pertanyaan yang sama, masih juga membisu. “Nadia, sabarlah nak, Ayah kamu suda pergi semasa mendermakan buah pinggang kepada Nadia.” Air mataku mula lagi membasahi pipi ku sehingga aku tidak bermaya “Tidak!..” teriak ku. “tidak itu bohong, baru sahaja aku lihat Ayah di sebelahku, Ayah kata, Ayah tak akan meninggalkan Nadia lagi.” Tangisan yang ku dengar semangkin kedengaran terseduh-seduh. Ku rasakan seorang ibu memelukku, lalu dia mengusab-gusab belakangku. “sabar nak, ayah  sangat menyangi Nadia, Ayah hanya pergi sebentar sahaja, Ayah menemui ibu Nadia” Sahutnya. “mana Ayah?” hanya ayah sahaja yang ku harapkan, aku tidak mahu kehilnagan orang yang paling aku sayang dan orang yang paling ku kasihi “Nadia nak Ayah.” Kedengaran tangisan semangkin jelas.

Selesai sahaja pengkebumian Ayah, Mak saudara ku memberi sepucuk surat kepadaku. Tangan ku mula mengelontar menyambutnya. Ku buka surat perlahan-lahan dengan berbaur rindu kepada seseorang. Apa lagi dugaan mu ini Ya Allah. Sepanjang membaca surat tersebut tak henti-henti tangisan yang membanjiri kelopak mata yang setia menemani ketika bersedih dan mengubati hati yang pedih. “Ayah…” aku hanya mampu menahan linangan air mata yang mula membasahi pipi.

“…Nadia, maafkan Ayah, ayah pergi sebentar sebab Ayah nak cari sedekit rezeki untuk adik dan Nadia, Ayah tahu nadia tidak sukakan Ayah, tapi ayah tak marah nadia tak sukakan ayah. Maafkan Ayah, Ayah bukanlah seorang Ayah yang baik untuk Nadia dan Adik. Ayah dah cari merata-rata tempat untuk menggantikan buah pinggang Nadia, Maafkan Ayah merasiakan perkara ini, dengan keadaan ayah yang tidak seberapa sihat, pantaslah Ayah yang sendiri menderma buah pinggang Ayah kepada Nadia, agar Nadia boleh teruskan hidup, jaga adik-adik Nadia. Ayah selalu ada dalam diri Nadia, dan jasat ibu ada dalam diri adik Nadia, Jamal dan siti ketika Ibu mu melahirkan mereka. walaupun jasat Ayah telah bersemadi, namun semangat Ayah  tetap setia menemani Nadia…” Air mata ku belinangan lagi dan lebih deras dari sebelum ini.

Ayah, Nadia janji dengan Ayah , Ibu , diri Nadia dan adik-adik, Nadia akan membuatkan Ayah, ibu tersenyum gembira melihat Nadia berjaya dan Nadia boleh menjaga mengambil Adik Nadia dari Mak long. “Maafkan Nadia Ayah.” Hanya air mata sahaja yang memahami perasaan ku saat ini. Tiada seorangpun dapat menggantikan Ayah dalam hati Nadia.

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"