Posts

Showing posts from April, 2014

Muzik

AKU DIA & DAKWAH

Image
Bicara luaran rasa dan saranan muhasabah, Tiba-tiba ada insan yang melatah, Katanya asyik bercakap saja tentang dakwah, Bila nak buat kerja dakwah? tersenyum sendiri ku mengenangkan kerenah, ingin bertanya sekaligus melontarkan hujah, apakah lisan dan tulisan yang menyuru kearah islah, tidak dinamakan kerja dakwah? mestikah menggunakan kekerasan dan unsur pongah? mewujudkan segala halangan dan hukuman lalu dipropagandakan sebagai proses dakwah? jangan dijumud konsep dakwah dan tarbiah dek kesalahfahaman dan tafsiran yang salah, perhatikanlah sirah perjuangan dan sabda Rasul pembimbing ummah, bukan berpaksi pada akal dan fantasi semata lalu mengatakan inilah dakwah, sedarlah dunia sedang menyaksikan pekung yang dibuka itu tampak semakin bernanah, akibat tindakan berasaskan emosi jauh dari ruang lingkup ilmiah, perlukah segala ikhtiar dan susah payah, dipos dan dihebah buat tatapan seluruh ummah? mencemar kesucian hati dengan kotoran fitrah, ujiub dan riyak yang membawa

Saya Tahu Saya Tak Cantik

Image
" saya tahu saya x cantik so please jangan bandingkan saya dengan dia .."  bantah Alya . " saya tahu awak lebih berkemampuan,lebih-lebih lagi awak mempunyai imej yang menawan.. " "Ha!  cute  sangat-sangat!  Very love her ! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal. KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA? Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula? Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menut

andai lelaki tahu~

Image
Andai lelaki tahu… Apabila seorang wanita jatuh cinta, Lelaki itu tidaklah semestinya punya segala-galanya tetapi lelaki itu ada lah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu… Apabila seorang wanita itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu… Apabila seorang wanita marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu… Apabila wanita bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda merasa rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Andainya lelaki tahu… Apabila wanita berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu mener

> Jagalah hati ini <

Image
setiap teguran,setiap peringatan yang dilemparkan keatas kita.. kadang2 itu datangnya dari Allah.. Allah nak kita menjadi yang terbaik.. jadi terpulang kepada kita menerima positif ataupun negetif.. ingatlah sahabat kita hidup xla lama,,mungkin esok lusa kita akan pergi jua.. xsalah kita buat kebaikan, malahan kita lah insan yang paling untung kelak.. sahabat jadilah insan yang selalu memberi..ya sahabat hati kita memang sangat sensetif lebih2 lagi hati kita yang sangat lembut akhlaknya.. yang mudah memberi amatlah baik.. sahabat Allah selalu menjaga hati kita, bila kita buat salah sehingga Allah sendiri tidak suka, datanglah teguran dari Allah, itu bermakna Allah sayang kita, sahabat jadilah seorang sahabat yang selalu bersyukur kepada Nya..andai ada sahabat yang ingin bersahabat dengan kita, bersyukurlah kerana itu adalah satu hadiah dari Allah.. wahai Sahabatku, andai ada bala yang menimpah kita, sabarlah, esok lusa Allah akan bagi penenang buat kita. sahabatku

Sesuci kasih ibu

Image
Suasana   waktu pagi di Kampung Melawati sungguh tenang. Dihiasi pula pemandangan yang cukup indah. Tumbuh-tumbuhan hijau yang mekar di tanah, udara yang nyaman serta bersih dari pencemaran. Ditambah pula muzik semulajadi kicauan burung yang bebas berterbangan di awan, sungguh makhluk-makhluk ini tahu menghargai kurniaan Tuhan yang serba indah ini. Di sebalik pepohon yang rendang itu, kelihatan seorang jejaka berusia dalam lingkungan 25 tahun sedang mencuci motorsikal. Tangannya giat mengelap motorsikal tersebut. Setiap inci dan setiap bahagian dilapnya. Gigih sekali perwatakannya. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa membelai lembut wajahnya seolah-olah mengerti kepenatan lelaki itu. Lantas manik-manik jernih yang timbul di dahinya itu mulai hilang. “Alhamdulillah, siap juga akhirnya”, perlahan suara itu. Lengan baju ditarik ke dahi mengesat baki peluh. Matanya menatap motorsikal usang itu, walaupun usang tapi motorsikal inilah yang memberi dia dan keluarganya rezeki selama

°•○Pahit Manis Kehidupan○•°

Ya setiap insan mempunyai jalan cerita hidup masing-masing yang tak dapat di dambahkan. yang kita inginkan tak selalunya kita dapat, sama halnya apabila kita bertemu dengan seseorang akhirnya hubungan kita berakhir begitu sahaja.. Mungkin  juga Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.   Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg   telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita. Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehingg

Kalau jodoh tak kemana

Image
''ya Allah.. aku mnyanyanginya keranaMU.. jika dia baik utk agamaku. baik utk urusan dunia dan akhiratku maka Engkau takdirkanlah dia utkku.. satukanlah hati kami. satukanlah kami dgn ikatan yg halal disisiMU YA RABB...   NAMUN.... aku sedar , Engkau Maha Mengetahui.. seandainya dia tidak baik utk agamaku. tidak baik utk urusan dunia dan akhiratku, maka Engkau jauhkanlah hati kami. jauhkanlah kami dr saling mngingati dlm doa. serta berikanlah yg lebih baik buat dirinya dan diriku.. lalu jadikan kami redha akan ketentuanMU ini YA RABB'' ... Aaamminn ^_< Ya Allah, di mana sahaja JODOHKU berada, Engkau lindungilah dia. Peliharalah imannya dan bisikan kepadanya bahawa aku juga merindui dia :')

Tangisan Syahdu

Image
Semilir angin lembut menghembut mengelus-elus pipi gebu itu, sambil rambutnya turut sama bergerak mengikut hembusan angin. Hatinya bagaikan disentu oleh perasaan unik yang sekian lama di nantikannya. Anak matanya tak lepas-lepas memerhati rakan-rakan yang sedang asik bermain bola tampar tanpa perasan terhadap sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka. Hatinya tiba-tiba digamit satu perasaan yang hiba. Angin sepoi-sepoi ini seakan membawa satu berita sedih dan cuba mengembalikannya kepada kenangan lalu yang telah lama di tinggalkan, sudah lama hatinya sepi dan air matanya bagaikan sudah kering untuk megalir. Sehingga kehari ini genablah enam tahun dia menjadi penghuni gubuk sepi ini iaitu asrama. Baginya inilah satu-satunya tempat terakhir baginya untuk melarikan diri dari kenyataan yang terlalu pahit. Enam tahun lalu hidupnya sering diulit resah, sehingga kini kata-kata ibu masih segar dalam ingatan dan tak akan luput sampai bila-bila. “ Nadia, kita tak ada siapa-siapa lagi,

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"