Muzik

Mengkaji Keadaan Diri (bhg 1 )

mengkaji keadaan diri

Seorang remaja lelaki datang ke fermasi mahu membeli ubat untuk ibunya. usai urusan membeli, dia memint izin meminjam telifon bagi menghubungi seseorang.
    "apa khabar? boleh saya bercakap dengan Doktor Binsar?" tanya remaja lelaki, memulakan bualan di telifon.
    "Doktor Binsar, saya Said. saya 12 tahun dan mahu bertanya, adakah pada ketika ini tuan memerlukan seorang pembantu dan pemotong rumput atapun bagi sebarang kerja di rumah tuan? saya sanggup bekerja di rumah tuan walaupun upah yang sedikit bagi meringankan beban hidup ibu bapa saya," terang pemuda itu di corong telefon.
    Dengan wajah terkejut, remaja lelaki itu mejawap kata-kata dari seberag sana," jadi, tuan sudah ada seorang budak lelaki yang bekerja di rumah tuan ? tuan puas hati dengan kerjanya?"
     "Apa!Tuan mahu menjadikannya anak angkat? beruntung nasibnya,ya tuan? terima kasih tuan doktor. selamat tinggal," kata remaja itu sambil meletakkan telefon.
    Semasa dia melangkah keluar dari farmasi, pemilik kedai ubat ituu meninggalkan dan berkata, " sekirannya kamu memerlukan kerja,kamu boleh berkerja di sini sahaja. ada banyak kerja di sini, upah pun boleh tahan," pelawa tuan kedai itu yang sejak tadi mendengar perbualan telefon si remaja dengan Dr Binsar.
     " terima kasih,puan. saya tidak memerlukan kerja buat masa ini," jawapannya acuh tidak acuh.
    "tetapi....bukankah tadi saya dengar kamu sedang mencari kerja?" tanya pemilik kedai kehairanan.
    Remaja lelaki itu menjawap" puan, sayalah budak yang berkerja dirumah Dr Binsar itu. saya sedang menintip bagaimana pandangan doktor itu pada saya selama ini. syukur kepada Tuhan, semuanya berjalan lancar dan tuan doktor itu pun puas hati dengan kerja saya. Puan sendiripun dengar tadi bukan? Mukin saya dijadikan anak angkatnya."

********************************************************************************

David Mc.Clelland berkata, orang yang cercita-cita mahu mencapai prestasi yang tinggi selaluselalu membuat penilaian keatas dirinyasendiri dengan satu tekad, bagaimana dia dapat menjadi lebih baik di kemudian hari.  Ini adalah salah satu cara yang baik mengurangi kesilapan kerja, diterima oleh orang di sekelilingnya dan menjadi lebih produktif.

    Kita pun sebaiknya berani bertanya kepada majikan mengenai prestasi kita selama ini. kemahuan yang tinggi dalam melakukan kajian diri menjadikan setiap pekerja dapat bekerja sebagaimana yang dikehendaki. selain itu, kita dapat meneui makna setiap tujuan yang dimiliki melalui kajian diri.

    seseorang itu dkatakan berkerja bukan kerana dia berasa sudah berjaya ataupun tujuan hidupnya sudah tercapai. Dia hany boleh dikatakan sudah berjaya apabia orang lain mengatakan dia berjaya dan mereka juga dapat berkongsi kerjayaan yang diraihkan. jadi kejayaan menjadi sempura apabila orang di persekitarannya mengiakan kerjayanya dengan cara yang benar  dan merreka juga dapat  menumpang atau berkongsi keuntungan yang diterima individu itu kerana dia menjadi saluran keuntungan bagi orang lain.

    Namun demikian, ramai yang berasa sukar malah enggan melakukan kajian diri dan menilai dirinya sendiri, membiarkan dirinya dewasa dalam kekurangan dan mundur dalam kematangan emosi dan rohani. mereka menganggap tindakan mengkaji diri bermaksud membuka kelemahan yang dimilikinya selama ini. lebih dahsyat lagi, ada banyak tanggapan serong yang kononnya kajian diri ini dapat dibeli,jadi mengapa bersusah-payah melakukannya? bayar sahaja mana-mana konsultan ataupun orang lain bagi mengiakan dan sentiasa memuji setiap tindakan yang diambil. semuaanya pasti beres.

    Pada dasarnya , kebanyakan orang suka dipuji dan disanjung. malah tidak sedikit seseorang itu sanggup mengeluarkan sejumlah wang ataupun memberi kemudahan kepada orang yang memberi sanjungan dan pujian. namun pujian yang tidak kena pada tempatnya membuat orang itu semakin tersesat dalam kesombongan dan tidak lagi dapat melihat kenyataan hidup.

    Thomas Carlyle pernah berkata, "tugas kita yang terbesar bukanlah melihat apa yang nanpak redup-redup di kejauhan, tetapi melakukan apa yang nanpak jelas di hadapan mata."

     Walaupun sudah nanpak jelas, kajian diri perlu dilakukan, sebab bimbang kita sudah 'membajak sawah' dalam garis yang sudah tidak lurus lagi. setidak-tidaknya, kajian diri memberi dorongan kepada kita untuk beekerja dengan lebih baik lagi.ketika orang lain berkerja dengan lebih baik lagi. ketika orang lain berkata mengapa diri dan prestasi kita, kononnya semua baik-baik tanpa ada kajian atau sebarang penilaian, berhati-hatilah. ada kemungkinan seseorang itu mendekati kita kerana kejayaan, kekayaann atau kedudukan kita. terimalah pendapat orang menyebut keadaanmu yang sebenarnya dan lakukan perbaikan kerana memang tidak ada manusia yang cukup sempurna. selamat mengkaji diri sendiri.

***********************************************************************************
Komitmen bagi Mengukuhkan Refleksi dan Inspirasi Diri
    KAJIAN DIRI SENDIRI
Dengan menggunakan pancaindera, saya jelaskan diri saya seperti berikut :

MASA SEKARANG
1. pada masa ini, saya kelihatan seperti:
2. pada masa ini, saya terdengar seperti:
3. pada masa ini, saya terhidu seperti:
4. pada masa ini, saya terasa seperti:
5. pada masa ini, saya tersentuh seperti:
6. pada masa sekarang, orang berkata saya seerti berikut:

MASA HADAPAN
1. pada masa depan , saya kelihatan seperti :
2. pada masa depan, saya terdengar seperti:
3. pada masa depan, saya terhidu seperti:
4. pada masa depan, saya terasa seperti:
5. pada masa depan, saya tersentu seperti:
6. pada masa depan, orang berkata saya seperti berikut:
*********************************************************************************
 
"selamat mengkaji diri :) "
"kisah-kisah inspirasi dan motivasi kehidupan "


Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"