Muzik

Cermin Diri Sendiri ( bhg 1 )


Nilai Sebuah Pujian..
 
 
 Di dalam sebuah kelas Darjah IV di sebuah sekolah rendah, murid-murid sedang menyambut hari lahir salah seorang gurunya. Beberapa anak murid menyampaikan ucapan selamat hari jadi, ada juga yang memberi kad ucapanserta tidak kurang juga menghulurkan hadiah kepada guru. Tidak di sangka-sangka,ada seoang murid daripada keluarga miskinmemberi bungkusan kecil sebagai ucapan selamat hari lahir kepada guru. Anak murid ini berasal dari keluarga biasa-biasa sahaja. Sebagai anak pekerja bawahan, tentulah rakan sekelasnya tertanya-tanya bagaimana dia mendapat wang membeli hadiah untuk gurunya.
   
    Murid itu menjadi orang terakhir yang menyerahkan bungkusan hadiah itu lalu seluruh kawan sekelasnya bersorak, "buka...buka...buka!" mereka berharap guru yg sedang menyambut hari lahirnya membuka hadiah itu. Tujuan mereka bukanlah kerana mereka mahu tahuisi kotak itu, tetapi sebenarnya hanya mahu mentertawakan pemberian murid itu.
sambil tersenyum kecil, guru itu membuka balutan kotak hadiah yang diberikan. Dari dalam kotak hadiah, beliau menarik keluar sebotol minyak wangi yang isinya sudah tinggal separuh. Minyak wangi itu di semburkannya sedikit ke pakaiannya. Selepas itu beliau mengambil sedikit ke pakaiannya. Selepas itu beliau mengambil seutas rantai yg sudah kusam dan pudar warnanya. Beliau memakaikan rantai itu ke lehernya. Semua murid dalam kelas terdiam. Mata murid yg memberi hadia itu berkaca-kaca. Dengan senyumn, guru itu berkata " terima kasih, wahai anak muridku." semua murid di dalam kelas itu serentak bertepuk tangan.
 
    Selepas waktu tamat sekolah, murid tadi menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadia yg tidak seberapa itu. Guru itu bertanya mengapa dia memberikan minyak wangi dan perhiasan itu kepadanya walaupun tidak lengkap. Dengan nada sedih, murid itu berkata ibunya sudah meninggal dunia tidak lama duhulu. Semua yg diberikan kepada gurunya adalah milik ibunya dan dia dengan rela memyerahkan semua itu kepada gurunya.
 
    Sejak ibunya meninggal, dia hampir putus asa dan merancang mahu berhenti sekolah. itulah sebabnya mengapa dia memberikan hadiah itu sebagai tanda kenang-kenangan yg terakhir. namun, selepas guru itu menerima hadiahnya dgn gembira, dia mengubah niatnya.
 
    Lima tahun kemudian, guru itu menerima sepucuk surat daripada muridnya yg pernah memberikan dia hadiah pada hari lahirnya. surat itu di tulis "terima kasih,cikgu! sayasudah menamatkan sekolah menengah. semua ini adalah kerana jasa cikgu yang pernah menerima hadiah daripada saya yang tidak seberapa semasa saya Darjah IV dahulu. "
 
    Tiga tahun kemudian, guru tadi menerima sepucuk lagi surat daripada bekas muridnya. Dia memberitahu dia berjya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menghargai pemberiannya semasa dia Darjah IV dahulu.
 
    Enam tahun kemudian, guru itu menerima kiriman gambar ijazah bekas muridnya. pada gambar itu, tertulis kata-kata, "khas buat guruku yg dikasihi . baju toga ini adalah kerana cikgu pernah menerima hadiah hari lahir daripada saya ketika saya Darjah IV dahulu, yg menyebabkan semangat saya melanjutkan pelajaran. sekiranya diizinkan Tuhan, mohon doa restu cikgu kerana saya bakal menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran."
 
    *****************************************************************************
 
    kata-kata yg membangun da menghargai org lain dgn ikhlas, dapat memberi kekuatan luar biasa kepada seseorg, seterusnya mengubah hidupnya . begitulah sebaliknya. lidah yg kecil dpt mengguris luka yg dalm di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yg lebih baik.
 
     kes-kes cubaan bunuh diri dpt dihalang hnya dgn kata2 mmbangun dn mmberikan harapan tinggi bagi melihat masa depan dgn segala peluang yg tepat diraih. seorg pkerja yg bercadang mahu mengundurkan diri dari syarikat mengurungkan niatnya hnya kerana mndgar kta2 yg membangun dan memotivasikan drinya. demikianlah juga sebaliknya. kata-kata yg mengeji, merendah-rendahkan serta menghina membantutkan motivasi seseorg, bahkan dapat membunh masa depannya.
 
    Bruce Barton pernah berkata " sama ada baik atau pun buruk, percakapan anda adalah iklan diri anda. setiap kali anda berata-kata , anda membiarkan org lain menilai anda. tutup mulut anda dan org lain tidak tahu betapa ceteknya pengetahuan anda. buka mulut anda, kecetekan pengetahuan anda tidak diragui lagi."
 
    Ingatlah, kata-kata yg didengar masuk ke dlm peti ingatan jangka pendik. seandainya ia diulang-ulang, ia masuk ke dlm peti ingatan jangka panjang. apabila perkara ini berlanjutan dan menjadi kebiasaan, kata-kata yg didgari itu masuk ke dlm alam bawah sedar, dan ini sukar sekalidihilangkan. itulah sebabnya mengapa kita perlu berhati-hati apabila mahu mengucap sesuatu, bergurau senda atau memperlekehkan org lain. ini kerana, sekiranya perkara itu tidak dihentikan dan sering pula didgari org yg berkaitan, ia mengubah sikap dan tingkah lakunya.
 
    Memberi pujian dan penghargaan kepada org lain tidak perlu mengeluarkan wang ringgit. hanya memerlukan hati yg tulus ikhlas bagi memulakannya dgn prinsip tidak membeza-bezakan org lain.
 
    Dalam konsep hubungan insan, terdapat konsep yg sdah dikenali pasti iaitu konsep 3P, iaitu Penerimaan, Persetujuan dan Penghargaan.
 
    Pertama, seseorang menyedari potensi dirinyaapa bila dia berada di sesuatu persekitaran dimana kehadiranya di terima sepenuh jiwa,iaitu secara optimum. penerimaan daripada lingkuangan persekitaran pada seseorang dapat membuat individu itu berasa dirinya berharga di tengah-tengah lingkungannya.
 
    Menerima seseorang bererti menerima individu itu seadanya tanpa syarat. Tuhan maha pencipta menerima kehadiran hambanya dalam doa dan ibadah. Tuhan pun menerima taubat iaitu penyesalan org jahat, mengapa pula manusia begitu mudah menjatuhkan hukuman seumur hidup justeru semakin menghancurkan masa depannya? menerima org lain bermula dgn menerima dirinya sendiri, menerima kekurangandan kelemahannya serta kebolehannya supaya bangkit bagi meraih yg terbaik. seseorg dapat menerima orang lain sebaik sahaja dia bersahabat dgn dirinya sendri.
 
     Kedua adalah persetujuan. kita sukar menerima pendapat org lain yang berbeza dengan pendapat kita. sekalipun berbeza, mungkin dgn cara yang terbaik adalah dengan bersetujuh dahulu sebelum melakukan pembaikan. prinsip yang di gunakan disini adalah prinsip yg megeluarkan air dari dalam teliga, terlebih dahulu masukan air lain ke dalam telinga. bagi mengeluarkam air dlm telinga , terlebih dahulu masukan air lainkedalam telinga, kemudian keluarkan secara bersama-sama. keinginan mengubah pendapat org lain supaya sama dengan pendapat kita adalah terlebih dahulu bersetuju dgn pendapatnya, kemudian bersama-sama mengarahkan pada waktu yang tepat dan efktif. tidak semua org suka dibantah pendapatnya tetapi kebanyakan org suka apabila pandapatnya di persetujui terlebih dahulu.
 
    Ketiga,  penerimaan dan persetujuan menghasilkan hubungan insan yg kukuh apabila setiapp individu dapat memberikan penghargaan yg tinggi dalam apa jua keadaan. bahkan, individu yg berniat jahat sekalipun dapat memadam rancangan jahatnya dan menjadi baik apabila dirinya menerima penghargaan. terdapat pelbagai bentuk penghargaanyang dapat di kembangkan seperti menghulurkan senyuman, memberi pujian, menepuk bahu serta memberi sesuatu yg bererti kepada org lain. itulah sebabnya mengapa individu yg menghargai hidup tidak jemu-jemu membuat kebaikan. bahkan, berbuat baikkepada orang yang memusui kita sekalipun i seolah-olah kita sudah meletakkan bara api di atas kepala kita sendiri. Tuhan maha pencipta pun tersenyum bangga melihat makluk pencipnya saling mengargai dam memuji bagi membina masyarakat yg memiliki morl baik sebagai gambaran ketuhanan yg ada dalam dirinya. selamat memuji org lain .
 
    Mendengarkan berbeza dgn mendengar. pemerhatian menunjukan sebanyak sembilan peratus waktu dlm sehari dihabiskan dgn menulis, 16 peratus membaca, 30 peratus dihabiskan dgn berbual dan 45 peratus dihabiskan dgn mendengar.
 
    Mendengar adalah usaha proaktif seseorang yg melibatkan keseluruhan dirinya menyemak bicara org lain. mendengar pula adalah kegiatan sekilas mengenai bagaimana dia bertindak  balas pada bicara org lain.
 
     Tuhan menciptakan dua telinga dan satu mulut dgn maksud supaya manusia dpt mendengarkan dua kali lebih banyak daripada berbicara.
 
*******************************************************************************
komitmen bagi mengukuhkan refleksi dan inspirasi diri
kalau anda tidak mahu tersilat cakap, perhatikan lima perkara berikut :
# dgn siapa kita berbicara
# siapa kita bicarakan
# bagaimana
# bila
# di mana
 
Renungan bersama
1. adakah kata-kata saya selama ini membangun semangat org lain?
2. masihkah saya ingat siapakah org terakhir yang mendengar ucapan saya yang mengecilkan hatinya?
3. siapakah org yang saya puji sehingga ke hari ini kerana sikap, perbuatan ataupun penampilannya yg patut di puji?
4. semasa seseorg melakukan kesalahan besar, bagaimana saya membetulkannya tanpa menyebabkan dia terasa tersinggung?
5. adakah saya termasuk individu yang mengharapkan pujian org lain dan cepat tersinggung sekiranya tidak segera dipuji?
 
***********************************************************************************
                      " petikan dipetik daripada kisah-kisah inspirasi dan motivasi kehidupan "
 
 

Comments

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"