Posts

Showing posts from November, 2015

Muzik

SEBAIK_BAIK SEDEKAH

Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?   1.       Sedekah yang diberikan secara sembunyi- sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang tangan kanan berikan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al_Baqarah ayat 271 yang bermaksud: “kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.” 2.       Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak   sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: “sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu berkata, “ini untuk si polan dan

"setiap perbuatan baik adalah sedekah"