Erti Maaf ??
Dialog sahabat:-
( peristiwa dalam kafe )
Malik : assalamualaikum Taufiq.. :)
Taufiq : waalaikumsalam.. Eh! Malik..
Malik : kamu ada masalah ka? dari tadi saya perhatikan kamu termenung, kenapa?
Taufiq : saya okey je.. :)
Malik : betul ke ni ok.. saya rasa kamu ada masalah ..
Taufiq : ehmmm .. macam ni.. saya susah hati dengan perasaan saya sekarang.. yang susah
nak maafkan orang.. saya da cuba maafkan, tapi kenapa saya rasa susah sangat nak
maafkan dia.. malahan saya rasa tambah sakit hati.
nak maafkan orang.. saya da cuba maafkan, tapi kenapa saya rasa susah sangat nak
maafkan dia.. malahan saya rasa tambah sakit hati.
Malik : Ohh.. pasal Taufiq susah nak maafkan seseorang.. mungkin di sebabkan
kemarahan Taufiq terhadap orang itu, Taufiq suda maafkan, tapi kemungkinan juga
Taufiq tak ikhlas nak maafkan dia.. Keikhlasan penting dalam apa jua perkara
termasuklah perbuatan kita. Ingatlah Taufiq memaafkan itu memang muda tapi
keikhlasan sukar kita lakukan..
Taufiq : Tapi kan Malik, saya cukup usaha maafkan dia.. tapi sukar untuk melupakan kesalahan
yang dia lakukan..dia telah membuatkan saya cukup marah.. kemarahan saya tak
dapat maafkan dia..
dapat maafkan dia..
Malik : ok . di rumah Taufiq ada paku dengan hammer ?
Taufiq : Ada.. kenapa ?
Malik : setiap kali kamu marah, saya minta Taufiq cari dinding dan tukullah paku tersebut di
dinding, sehingga Taufiq rasa puas hati..
( seminggu yang lalu )
Taufiq : Malik .. Assalamualaikum .
Malik : waalaikumsalam ..
Taufiq : Malik saya telah lakukan apa yang kamu katakan.. alhamdulillah kemarahan saya dapat
saya tewaskan.. dengan cara kamu katakan..
Malik : bawa saya ketempat yang telah kamu lakukan sedemikian.
( Rumah Taufiq )
Malik : alihkan paku tersebut dari tempatnya..
( 5 minit yang lalu )
( Malik memimpin tangannya ke tembok tersebut )
Malik : sahabat telah melakukannya dengan baik, tetapi lihatlah
kesan
lubang-lubang di dinding tersebut, dinding itu tidak akan
kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya.. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan
kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
****************************************************************************************
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah
kejayaan..
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan
duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
********************************************************************************
Pernah disakiti ?
Mungkin pernah dan mungkin tidak pernah.
Dan yang pernah disakiti pun susah untuk melupakan peristiwa
yang menyakitkan hati itu.
Jadi, cara yang paling mudah untuk melupakan peristiwa itu
adalah dengan Memberi Kemaafan.
Maaf itu Penyeri Kehidupan. Duka boleh jadi Suka. Derita
boleh jadi Bahagia !
Jika tidak percaya cubalah hari ini.
Kuncinya adalah I K H L A S dalam memberi M A A F .
Rasa marah, kecewa adalah perasaan yang tidak putus hinggap ke dalam hati setiap manusia. Rasa sakit yang ditahan, rasa
kecewa yang kerap disimpan, keduanya membawa dan akan
menimbulkan penyakit hati manusia. Manusia tidak akan sempurna tanpa
kehadiran manusia lainnya. Rasa marah yang mungkin saat ini disimpan, pernahkah wujud dalam diri tentang kebenaran wujudnya makluk lain di Dunia ini. memaafkan dan melupakan adalah menahan perasaan yang membatasi kita dalam pergerakan. Memaafkan dan melupakan penting dalam setiap diri masing-masing. Apabila emosi tidak dapat di kawal, itu bermakna bukan kerana Allah SWT ia di sebabkan diri sendiri.
Islam sebagai agama yang mulia pun mengatur hubungan antara
manusia. Bahkan Rasulullah SAW tidak memperkenankan saudara sesama muslim
menahan amarah yang melahirkan permusuhan. Dalam sabda Rasulullah SAW,
"Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama
muslim) lebih dari tiga hari. Barangsiapa memutuskan lebih dari tiga hari dan
meninggal, maka ia masuk neraka." (HR. Abu Dawud, 5/215, Shahihul Jami' :
7635).
Abu Ayyub Radhiallahu'anhu meriwayatkan, Rasulullah SAW
bersabda, "Tidak halal bagi seorang memutuskan hubungan saudaranya lebih
dari tiga malam. Saling berpapasan tapi yang ini memalingkan muka dan yang itu
(juga) membuang muka. Yang terbaik di antara keduanya yaitu yang memulai
salam." (HR. Bukhari, Fathul Bari : 10/492).
Sungguh, memang perasaan manusia terkadang menjadi perasaan
yang tidak mudah dimengerti. Tapi Allah SWT memberikan manusia hati dan akal
yang membuat manusia lebih mulia dari makhluk lainnya yang digunakan untuk
memahami. Memiliki sifat memaafkan dikatakan sebagai sifat yang mulia. Kerana
dalam sifat maaf terhimpun sifat-sifat mulia lainnya. Hanya yang memiliki
kesabaran dan kelapangan jiwa yang dapat memaafkan dengan tulus.
Kelembutan hati dan besarnya ruang jiwa yang diberikan akan
melahirkan sifat pengertian yang tidak mudah dimiliki. Seperti halnya ketika
Rasulullah SAW sedang duduk seketika ditarik janggutnya hingga memerah oleh
seorang Arab Badwi. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah dan membalasnya. Atau
ketika Rasulullah SAW dilempari batu oleh penduduk Thaif, yang bagi Malaikat
Jibril sudah mengundang pedih dan menawarkan untuk menimpa mereka dengan gunung
Uhud. Tapi, tahukah engkau jawapan manusia yang paling mulia ini? Rasulullah
SAW tidak membalasnya dan menjawab, "Sesungguhnya mereka hanya kaum yang
belum mengerti," lalu Rasulullah SAW mendoakan semoga mereka mendapat hidayah.
Tertunduk lemas hati ini jika bercermin kepada Rasulullah
SAW. Sangat jauh dan betapa mudahnya membiarkan hati disempitkan oleh perasaan
emosi yang datang dari syaitan.
Ya, di kehidupan ini menuju akhirat kelak, kita bukan hanya
memerlukan untuk menjaga nama diperhatikan oleh makhluk langit, dengan
beribadah semestinya. Tetapi kita juga perlu menjaga nama kita di antara
makhluk bumi, agar ketika amal yang dilakukan tidak berkurang kerana ada yang
keberatan akan perilaku kita.
Wallahu a'lam bish-shawab.
ada yang kata, lelaki lebih susah memaafkan, tetapi mudah
melupakan.
sebaliknya, perempuan lebih mudah memaafkan tapi susah
melupakan.
Jom jadi Pemaaf ! Ubah sekarang , selamatkan diri anda !
Comments
Post a Comment